Thursday, May 26, 2011

Aku seorang Mak Cik


Assalamualaikum..w.b.t

Semalam baru je berlalu dan hari ini juga hampir separuh hari dilalui. Perjalanan semalam membangkitkan perasaan rindu pada Perak. Suasana yang sukar digambarkan. Belajar di perak pada setahun yang sudah berlalu menjadi kebiasaan kepada aku menjadi penumpang setia bas untuk ke Perak.

Tapi berlainan untuk kali ini kerana perjalanan aku tidak lagi ke Perak tetapi ke Shah Alam.
Kebiasaan aku menaiki bas tanpa banyak bicara dan perbualan dengan penumpang tempat duduk sebelah aku. Tapi berlainan dengan hari itu. Seorang mak cik menjadi partner tempat duduk aku. Pertama kali melihatnya. Senyuman memang x lekang dibibir aku lemparkan kepadanya.

" Mak cik bawak bekal nasi, nak makan atas bas. x selera nak makan kat umah pagi tadi" MAk Cik itu memulakan bicara.

Aku sekadar tersenyum.Tidak disangka dengan senyuman, mak cik itu menjadi ramah dengan aku. Berborak seperti aku cucu rapatnya.

Mak cik itu seorang yang pemurah, setiap kali bus berhenti untuk berehat, mesti ada saja makanan yang dibelinya. Pastu asyik suruh aku makan. Aku pemalu. Percaya x?haha
Sekali disuruh, sekali aku amik makanan 2. Kalo kata x nak kan, mak cik 2 da hulurkan makanan 2, x elok plak. Tapi kalo diingat balik cam aku malu2 tapi mahu je. heeee

"Nak pergi mana? belajar ke?" mak cik itu cuba menyoal aku.
"x la, saya ada praktikal".
"Mak Cik ada ayat nak bagi kamu, ayat ni untuk mudah nak minta kerja nanti"

Statement yang dikeluarkan itu, membuatkan aku tertarik nak mendengarnya.
dan mak cik 2 cakap lagi "blablablablablablablabla"
Aku dengar je apa mak cik 2 cakap, pastu senyum... lama juga la mak cik 2 cakap.

Tetiba"kalo kamu x nak ayat 2 pom, mak cik x pe je" mungkin sebab makcik 2 tengok aku diam je x ada cakap nak ke x nak. (padahal dalam hati, bagi la..bagi la..) tapi sebab aku malu. Aku x cakap pape. So ayat 2 melepas..

Katanya ayat 2 di ambil daripada potongan ayat Al-quran juga.
Pertemuan dengan mak cik 2 terpisah setelah sampai ke destinasi. Satu perkara yang aku lupa nak gitau mak cik itu. Sesuatu yang penting bagi aku. "Mak cik, Terima kasih!!!!!"


Dan beberapa minggu yang lepas mengingatkan aku kepada seorang mak cik. Di sebuah pasar pagi di Dengkil. Hari itu aku menjadi seorang peniaga pasar pagi. Sekadar menolong pak saudara berniaga nasi yang pelbagai menu menjadi pilihan pembeli. Datang seorang mak cik.

" kasi dua ekor burung" pinta mak cik itu.
tanpa banyak bicara aku mengisi burung puyuh goreng ke dalam plastik dan membungkusnya dengan kemas dan pantas kerana ramai pembeli lain yang sedang menunggu.
"ok. 7 hinggit mak cik." kata aku sambil menghulur burung goreng kepada mak cik itu.
Mak cik memandang aku dengan wajah kronik.

"sekor burung ni brape?"tanya mak cik.
"3.50 sen sekor"jawab aku pantas
mak cik itu segera buat muka yang sedia berkedut n meletakkan semula burung puyuh itu.
"td dia 2 (pak cik aku) cakap 2.50 sen sekor. Cam ni x mahu la aku"
mak cik itu terus bla cam tu je dengan muka selambanya. Tersentap aku kejap.

Aku heran. samada pak saudara aku tersalah cakap atau gegedang telinga mak cik 2 tersalah dengar. ok. aku paham orang tua.

Hari ni aku bercerita tentang insan yang bernama mak cik. Suatu masa aku juga akan menjadi seorang mak cik. Samada mak cik yang begitu peramah, mak cik yang pelik, mak cik yang dah meninggal dan ada orang bersedih kerananya atau macam2 lagi jenis perangai mak cik.

Jadi sekiranya korang bergaul, bertemu, bercakap dengan mak cik dan pak cik atau orang yang lebih berumur daripada korang. Hormati lah mereka. Tidak kira bagaimana cara sekalipun. Sebab kita juga akan menempuh alam itu. Seandainya layanan yang baik kita berikan kepada mereka ini, InsyaAllah di mana masa kita menjadi seperti mereka, orang lain juga akan melayan kita dengan cara yang baik. I'm right?



p/s: Aku da ada anak buah. Alamak! Aku kena terima hakikat yang aku sudah menjadi Mak Cik.

Monday, May 09, 2011

Kata-katamu


Assalamualaikum.w.b.t


Perasaan sakit hati kadang2 membolehkan kita melawan balik dengan kata-kata yang menyakitkan hati.

Contoh 1:
Pengutuk: Muka da la x lawa banyak jerawat pulak 2.
Mangsa kutuk: (diam ja.. malas nak layan)- jenis 'makan dalam'

Contoh 2:
Pengutuk: kau ni kurus keding tahap papan/gemuk la kau ni, muat ke nak lalu sini. Tengok kawan aku badan mantap je cantik pulak 2.
Mangsa Kutuk: ahh... kawan kau 2 pendek..

Itu la silap kita, ada mulut nak bercakap. ada otak tak mahu pikir. ada hati x pandai merasa.

Sikap dan cara seseorang itu berbeza. Ada yang sensitif dan ada yang jenis tak kisah. Walaubagaimana sekalipun mereka kita kena hormati. Kadang-kadang manusia itu tahu sikap seseorang itu yang jenis sensitif tetapi disengajakan jugak melemparkan ucapan buruk kepada mereka. Seolah-olah sehari tidak menyakitkan hati orang tak lena nak tido gamaknya.

Mungkin kata-kata yang menyakitkan hati itu diucapkan sekali atau dua tidak berbekas di hati. Namun bila terlalu acap kali kata-kata itu terngiang-ngiang di gegendang telinga. Tidak mustahil, terdetik di hati perasaan benci dan mungkin memendam rasa yang akan disimpan lama.

Di dalam Al-quran itu sendiri ada mengatakan larangan melontarkan ucapan-ucapan buruk kepada seseorang:

"Allah tidak menyukai ucapan buruk(mencela, memaki, menerangkan keburukkan2 orang lain, menyinggung perasaan seseorang dan sebagainya) yang diucapkan dengan terus terang kecuali oleh orang yang dianiaya. Allah adalah Maha mendengar lagi Maha Mengetahui" an nisaa' ayat 148

Kita tidak tahu apa isi hati orang yang dikutuk merasa. Kadang2 mulut lancang berkata-kata tanpa mengambil kisah hati perasaan orang. Mungkin jauh di sudut hati sudah tersimpan satu perasaan negatif yang sudah lama berbekas.



Berhati-hati bila berkata-kata. Hari ini kau menyakiti hati seseorang, esok lusa beribu orang lagi menanti untuk menyakiti hatimu. Bercakap banyak pom x guna kalau hanya menambah luka di hati. Orang cakap terkadang musuh itu lebih jujur daripada seorang sahabat sejati. Ada benarnya. Kata-kata jujur dari seorang musuh memberi seribu pengertian yang mana mungkin membawa kita berfikir dengan lebih rasional. Alasan sahabat sejati pula kadang-kadang tidak jujur kerana ingin menjaga hati dan itu lebih baik seboleh-bolehnya.

Pepatah berkata, buang yang keruh ambil yang jernih. Seumpama membuang keruh di dalam air yang jernih. Susah bukan? Begitu lah dengan hati yang telah disakiti untuk menyembuhkannya mengambil masa dan mungkin akan meninggalkan parut.

Ambil beberapa minit, muhasabahkan diri kita. Tanya diri kita.

"Ada orang tersinggung ke dengan kata-kata aku hari ni?"
"Aku terlepas cakap ke tadi"

Muhasabah kan diri kita kot2 kita menyakitkan hati kawan atau sesiapa sahaja tanpa kita sedari. Amalkanlah setiap kali sebelum tido, ringankan mulut mengucap maaf kepada sesiapa sahaja. Dengan ikhlas bukan terpaksa. Dan maafkan lah kata-kata yang telah menyakiti hati kita. Walaupun esoknya ia akan mengulangi menyakiti hati kita lagi, maafkanlah kesilapan orang itu.

"Jika kamu menyatakan sesuatu kebaikan atau menyebunyikan atau memaafkan sesuatu kesalahan (orang lain) sesungguhnya Allah Maha Pemaaf lagi Maha Kuasa" an nisaa' ayat 149



p/s: maafkan saya dan saya maafkan awak.





Sunday, May 08, 2011

FRIM

Assalamualaikum...w.b.t

FRIM? menda ape la ni?? FRIM singkatan nama bagi Forest Research Institute Malaysia. Terletak kat Kepong. Kawasan Hutan Warisan x silap aku. Sape penah p Frim?? Sila angkat kaki...dan goyang2 kan.. Kalo bukan kerana satu photographer competition yang dianjurkan mungkin aku x sampai kat sini. Ini pun sebab kami ada urusan kat Jabatan Perangkaan, so masa balik singgah lah kejap. Ni semua gara-gara si FR teringin nak join benda alah ni.. aku terpengaruh sama. ikot la..

Sebelum kami sampai, perjalanan yang sesak dengan bunyi bising deretan kereta di jalanan membuatkan kami lupe tentang itu seketika setelah sampai ke destinasi.


Ramai yang masuk pertandingan ni tambah2 yang pakai camera besar gedabak, dslr lagi la... aku ni nak masuk jugak? tapi pakai plak camera cikai je.. lantak la. lagi pun syarat penyertaan tidak kisah pakai camera ape sekali pun dan gambar tidak boleh di-edit. Die cuma nak tgok macam mana komposisi gambar yang diambil di kawasan FRIM ni. Ada banyak kategori tapi aku malas nak menyebutnya kat sini...heeee


Pusing-pusing kawasan ni jumpa ler satu port, kita orang lepak kat air terjun. boley la. tempatnya cantik dikelilingi hutan. Sebenarnya banyak lagi port yang menarik kat dalam FRIM ni tapi kami tidak berkesempatan sebab masa kami sampai da petang sangat jadi sempat snap gambar di satu tempat ni je.


Pertandingan ni memang membuka mata kami sebab hadiahnya sangat lumayan..$$$$$
Ni angkara smua da pokai time ni. Mula la duk hitung kalo menang nak buat ape.. kalo menang nak beli ape... kalo menang nak belanja sape... kalo menang nak berhenti blaja ke...Eh? kalo salah sorang menang kita share2 la ya... banyak la angan2 mat jenin nya ya.


Nak tau x keputusan pertandingan ni? Maka dengan ini diumumkan pemenang pertandingan photographer di menangi oleh (diikuti bunyi drum) drum....drum...drum..hehe
berdebar...berdebar wei...
Adakah kami layak menang? Adakah kami mendapat wang yang diidamkan?
Pang!!!! Bagi lempang ckit kepale ni... jangan nak perasan la. Ada hati nak menang. Hantar pun x penyertaaan, p amek gambar je. Kesibukan kerja Studio yang melampau x sempat kami nak submit benda alah ni. Akhirnya kami terima hakikat duit itu bukan milik kami.hehe(perasan je lebih, kalo submit pom belum tentu menang)



p/s: pssst.....kami menang kot. Kategori mengisi borang penyertaan paling banyak..haha

Saturday, May 07, 2011

Bagaimana cara kamu makan?

Assalamualaikum...w.b.t

Entry ni dibuat gara-gara aku penah join satu program etika makan pada satu ketika yang lebih kureng sebulan lepas. Tapi etika makan yang aku belajar 2 ajar makan makanan barat. Kena pakai sudu garfu bagai la. Cuma x pakai senduk je.

Pertama sekali, cara duduk masa kat meja makan kena sopan xleh nak menongkat siku atas meja, awal2 lagi aku da fail memang hobi la tangan aku mesti atas meja. Bagi pompuan duduk atas kerusi kaki kena kepit.. ala.. mane la diaorang tau kaki kita letak cam ner lagi pom alas meja 2 kan labuh. Amaran! Jangan menggunakan kesempatan nak menggaru bawah meja plak ek.op!!!

Makanan yang dihidangkan adalah seperti dibawah ape entah namanya.. Sepah Ngeti n chops stik.. maap la kita orang kampung idok nya reti nak menyebutnya..



Lepas 2 cara nak pegang sudu n garfu 2 kena betol. Jari telunjuk mesti letak atas pemegang sudu n garfu. lepas 2... alamak luper la.. hehe (nak tahu lebih lanjut korang google la) ni la akibatnya, pantang nampak makanan aku da x dengar da ape yang orang duk ajar.. aku fokus kot.. fokus kat makanan je.


Boleh x kalo nak makan menda ni pakai tangan??? hehe

Apa kata kita tiru cara Nabi muhammad s.a.w makan.. Jom!

Cara-caranya:

1. Sediakan tangan kanan bersama jari-jari (jangan lupa basuh tangan dulu)
Makan menggunakan tangan kanan dapat memudahkan proses penghadaman.

2. Duduk dengan keadaan yang baik menegak. Jangan menyandar semasa makan. Kalo rasa nak makan sambil baring 2, Boleh... boleh aku lempang??

3. Mulakan dengan nyanyi lagu siti.. ehh.. salah2. Mulakan dengan menyebut nama Allah, 'Bismillah'.
sunnah rasulullah s.a.w akan menghisap sedikit garam menggunakan jari kelingking sebelum makan kerana terdapatnya bahan mineral di yang diperlukan oleh badan kita. dan orang cakap garam merupakan penawar ke pada keracunan.

4. Amik makanan yang paling hampir dulu dengan kita. (kebiasaannya kalo ada makanan feberet ni mesti amek dulu walopun letaknya jauh kan)

5. Jangan banyak cakap.

4. Eloknya makan ler secara berjemaah dapat mengeratkan silaturrahim.

5. Jangan tinggal sisa makanan. Selagi boleh maka, telan la sampai abes dan jilat sisa makanan kat jari ek.

7. Da abes makan, basuh tangan dan baca doa sesudah makan(yang ni slalu aku lupa)


p/s: ok. Sepah Ngeti 2 buat aku nak tengok maharaja lawak plak..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...