Friday, August 05, 2011

BACA


Assalamualaikum...w.b.t.

Jom Baca...

Novel sudah baca.....


  Majalah pom sudah baca... 
Surat khabar pom sama. Sudah....    

Sms lagi la sudah baca...   

Belog pom baru je sudah baca...
                   
















Bacalah al-Quran walaupun sepotong ayat
kerana kita tidak akan pernah rugi 
malahan mendapat ganjaran daripada pembancaannya.


Hati yang tidak diisi dengan ayat al-Quran umpama rumah kosong.
Rumah yang penghuninya tidak membaca al-quran ibarat sebuah kuburan.


Barangsiapa membaca satu huruf Kitab Allah, maka dia mendapat pahala satu kebaikan sedangkan satu kebaikan dibalas sepuluh kali lipat. Aku tidak mengatakan Alif Lam Mim satu huruf, tetapi Alif, satu huruf dan Lam satu huruf serta Mim satu huruf.”(Riwayat Abu Isa Muhammad bin Isa At-Tirmidzi dan katanya: hadits Hasan Shahih)



p/s: apalagi.... jom baca Al-Quran....


Monday, August 01, 2011

CASH DEPOSIT


Assalamualaikum..w.b.t.  
dan
 Selamat Berpuasa kepada kawan-kawan belog.


  Dua hari yang lepas aku masukkan duit dalam akaun mak aku pakai mesin Cash Deposit. Keesokkan harinya mak aku kol, dia cakap xde pom duit yang aku cakap da masukkan. Aku terasa hairan bin ajaib maka aku dengan segera meminta semula nombor akaun mak aku n recheck resit yang aku trima dari mesin cash deposit. Ternyata aku sudah tersalah letak nombor akaun. Persoalannya. Nombor akaun siapa yang aku letak ni sedangkan nombor akaun ni da bertahun lamanya aku simpan dengan nama 'Akaun Bank islam Mama' dalam nfon aku.

    Pada hari ini aku berusaha jugak p bank islam untuk cek siapakah empunya nombor akaun ini. Sekiranya nasib aku baik, aku akan dapat kembali duit tersebut. Sebelum aku masuk dalam bank islam, instinct aku cakap baik aku cek sendiri kat mesin cash deposit siapa nama pemilik akaun yang bertuah dapat duit aku itu, tetapi sebab aku lihat cam ramai plak orang ari 2 dengan alasan kalo aku lambat nanti kena menunggu lama plak. Aku x jadi p cek sendiri tetapi terus p tanya kat kaunter pertanyaan.



Kelihatan Abang Kaunter n Jaga Bank di meja kaunter pertanyaan.


Aku: Dua ari lepas saya bank in duit pakai mesin cash deposit.. tapi saya tersalah masuk nombor akaun orang lain bukan akaun mak saya. n bla..bla..bla...

Jaga Bank: Cik x tengok ke nama siapa yang tertera kat scrin masa cik masukkan duit.

Aku: x perasan lak..sebab time 2 saya nak cepat...x tengok pom men tekan je..

Abang Kaunter: Saya x pasti cik boleh dapat ke x semula duit 2, kena tanya tuan punyer akaun 2 la samada dia bagi ke x.

Aku: Apa perlu saya buat?

Abang Kaunter: Ada simpan resit?

Aku: Ada.(sambil keluarkan dompet tercari-cari resit n menghulurkannya)

Abang Kaunter- Ketak ketuk ketak ketuk (taip carian nombor akaun tersebut) 

Abang Kaunter: Nur Syazana

Aku: hah??(cuba menebalkan muka) (aku tesalah dengar ke ni??-dalam hati)

Jaga Bank: Naseb baik perempuan jugak.

Aku: Sape nama dia? (untuk kepastian)

Abang Kaunter: Nur Syazana

Aku: Itu nama saya..(memandang tepat ke mata abang 2 sambil menampakkan barisan gigi)

Abang Kaunter: Tak kan cik x ingat nombor akaun sendiri???

Aku: hehe... 


Cepat2 aku p cek duit dalam akaun aku. ya memang ada. Nape la aku x cek no akaun aku dulu sebelum p tanyer kat kaunter. Ini lah akibat nya x pernah nak hafal no akaun sendiri. MALU seyhhhh... (kalo la muka aku ni leh masuk lam beg sandang aku ni da lama aku sorok dalam beg)


p/s: Aku perasan masa aku tengah cek duit kat mesin ATM, aku dengar Abang Kaunter n Jaga Bank 2 gelak2....
kuang asam..hahaha

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...