Wednesday, December 07, 2011

Pengkritik

Assalamualaikum w.b.t

Mula2 aku nak pohon maaf sebab lama x update. Kebelakangan ni aku betol2 kesibukan. Mana tak nya pagi p kelas balik kelas p kerja pulak. Jadi masa untuk aku meng- update blog agak terhad. Nak update je, pikir ada kerja lagi penting perlu diselesaikan.. Sejak kerja part time ni aku jadi lembab sikit dalam belajar.. sikit ko kate???? Lembab banyak kot.haha Yela balik keja penat, tido. Bangun tido buat assignment pastu p kelas pom blurr je memanjang...haha Tambahan plak tajuk kajian akhir asyik gagal je... dah kali kedua. Masuk kali ketiga ni kalo gagal lagi memang aku x tau la apa nak jadi ngan aku...hehe

Ok. Itu buka point utama aku nak citer hari ni..

Korang semua suka x dikritik??? Atau memang korang jenis suka mengkritik?? Bagi aku kritikan itu perlu bila kena dengan caranya...


Beberapa hari yang lalu, entah angin dari mana datang tetiba je aku rasa nak sangat orang kritik aku... Kalo boleh kritikan yang negatif la... aku saje nak tahu aku ni duk takuk mana... Kalo asyik terima pujian je camner la nak improve kan diri ni.. Kata nak hijrah. Oleh itu, aku telah membuat kaji selidik dengan menghantar mesej kepada 6 orang kawan terdekat..hehe Memang xde keja kan??-_-

Mesej dari aku:-
Assalam... Ari ni aku nak ko kritik aku.. Ape je yang ko tak puas hati ngan aku. ko cakap je aku terima..
dan ini lah jawapan yang aku terima seadanya.....

Si A:
Ya Allah.. da memng x de la..haihh...kalo fizikalnya... aku x nak ko pakai slipar kalo keluar...haha bgaya cket...jangan macam budak kampung je...selekeh..hehe ko kena prefer pemakaian zaman skang.. menampakkan ko matang.. ko still nampak budak2.. 2 je..kalo dari sifat.. nak kata ko pemarah x pun.. cuma maybe ko cepat bosan.. nak kata pada kesetiaan tu mungkin ko bleh mudah berubah hati la. erti kata lain... x teguh pendirian..cam 2 la aku rasa..
sempat lagi ditambah..
oh...ok2..haa..lagi satu.... ko memang giler...hahahahah 
Si B:
Adoii..paksa ke apa ni.hu3..No idea..ko ni jenis kelam kabut cket, kalo nak wat menda ko mesti stick ngan apa yang ko nak. susah nak tukar jawapan ko. degil tapi bagos.sumtime moody yang xleh dibendung, kdg2 cengey. sentap aku nok.haha yg len sume positif. as long as u noe how to manage ur anger its better 4 u... 2 je. yg len xtau nak cakap. Bagi aku kau ok je. Kawan paling baek.

Si C:
secara jujurnya, hari yang mulia ni, saya nak gtau yang saya sonok kawan ngan zana sebab zana bukan jenis yang suka membawa seorang kawan 2 ke arah keurukan.. malah zana wat kite ke arah kebaikan n x suka menyusahkan orang lain. zana kawan yang sejati.. jangan di tanye pasal keburukan  sebab x semua manusia sempurna termasuk saya sendiri...k :)

Si D:
la kenapa mcm 2? perlu ke? X suka la menilai orang ni.. Penting ke? Aku bukan kenal sangat pon ko? Kenapa sampai cam 2 skali.. Em, kalo kte wat 2 bek untuk diri dan orang lain. Xyah la dipersoalkan sangat =j

Si E:
salam. aku ok jek kawan dgn ko. xdape2 problem. xda ape nak di kritik.

Komen aku: Terima kasih ya kawan-kawan kerana sudi jadi pengkritik.. Aku gembira menerima krtitikan korang semua..:)) Apa yang x elok insyaAllah akan ku cuba perbaiki diri.. dan aku juga memohon maaf kalo ada terbuat salah...


p/s: Rasa lebih bersemangat selepas mendapat kritikan...haha
Ada sape2 lagi yang nak kritik aku????? sila kemukakan....:))


Sunday, October 23, 2011

Mee Bandung Muar


Assalamualaikum w.b.t

Semester lepas kajian studio aku di negeri en. Fairus semestinyalah Negeri Melaka.. tapi semester ni kami ditugaskan buat Kajian Rancangan Tempatan kat negeri cikgu Mat Som plak...Negeri Johor. tapi bukan kaji keseluruhan kawasan Johor tapi Daerah Muar sahaja... 


 Perbincangan sebelum memulakan tugasan

Taklimat di Majlis Daerah Muar


Ak anggap kajian kali ni bukan untuk belajar. tapi pergi melancong....haha


Meronda Bandar Muar


 Kami di Kolam Air Panas Gersik, Muar 


Air terjun Ledang

 Kami naik cruze kat tanjung emas..

Kami juga sempat singgah di Ayer Hitam tapi xde gambar sebab teruja nak beli belah (Teruja lah sangat). 

Korang nak tau x?? kalo x nak tahu pom aku nak bagi tau jugak..haha Ada satu nama desa yang menarik perhatian aku semasa dalam perjalanan sebelum sampai ke Ayer Hitam. Tahu x apa dia??  Desa Temu Jodoh. hehe agaknya ramai orang bertemu jodoh kat desa 2 kot..haha 
Adehh penat je aku bagi tau korang.. xde respond pom....hehe

K r...entah ape aku merapu. Caw Cin Cau


p/s: Ada x aku citer pasal mee bandung?? Ada x aku letak gambar mee bandung?? xda kan.. mesti korang x perasan..huhu
Saje letak Tajuk Mee Bandung sebab kalo ingat Muar mesti ingat Mee Bandung.. Sedap wooo...x tipu.. 



Sunday, October 16, 2011

Kembali


Assalamualaikum w.b.t


Salam kembali bicara dimulakan

Menonjolkan diri tanda si Belog tidak dilupakan

Dua bulan sepuluh hari tidak lama mana kan?

Ke mana aku menghilang mungkin menjadi persoalan.


"Kau da berubah" si Belog memberi tuduhan

sejak kembali bertemu si dia yang sudah lama ditinggalkan

'si Muka Buku' diberi nama penuh kemelayuan

yang kau sanjung sehingga lupa si Belog bersendirian


Hari ini aku terhantuk diberi kesedaran

Rupanya Si Belog merajuk menagih kasih sayang

Aku kembali untukmu si Belog kesayangan

Meninggalkan si Muka Buku yang kau harapkan


Kembalinya aku memujuk si Belog kesunyian

Agar hari-harinya penuh keceriaan

Tetapi ini bukan suatu perjanjian 

Kerana manusia selalu inginkan perubahan


Jika sekali lagi si Belog ditinggalkan

Berharap yang ditinggalkan banyak beri pedoman

Kepada mereka yang sentiasa memberi kesetiaan

Moga2 sedikit info pon jadilah dibawa pulang......




p/s: hoi..hoi...rindunya kat Kau si Belog yang hensem!!!

Friday, August 05, 2011

BACA


Assalamualaikum...w.b.t.

Jom Baca...

Novel sudah baca.....


  Majalah pom sudah baca... 
Surat khabar pom sama. Sudah....    

Sms lagi la sudah baca...   

Belog pom baru je sudah baca...
                   
















Bacalah al-Quran walaupun sepotong ayat
kerana kita tidak akan pernah rugi 
malahan mendapat ganjaran daripada pembancaannya.


Hati yang tidak diisi dengan ayat al-Quran umpama rumah kosong.
Rumah yang penghuninya tidak membaca al-quran ibarat sebuah kuburan.


Barangsiapa membaca satu huruf Kitab Allah, maka dia mendapat pahala satu kebaikan sedangkan satu kebaikan dibalas sepuluh kali lipat. Aku tidak mengatakan Alif Lam Mim satu huruf, tetapi Alif, satu huruf dan Lam satu huruf serta Mim satu huruf.”(Riwayat Abu Isa Muhammad bin Isa At-Tirmidzi dan katanya: hadits Hasan Shahih)



p/s: apalagi.... jom baca Al-Quran....


Monday, August 01, 2011

CASH DEPOSIT


Assalamualaikum..w.b.t.  
dan
 Selamat Berpuasa kepada kawan-kawan belog.


  Dua hari yang lepas aku masukkan duit dalam akaun mak aku pakai mesin Cash Deposit. Keesokkan harinya mak aku kol, dia cakap xde pom duit yang aku cakap da masukkan. Aku terasa hairan bin ajaib maka aku dengan segera meminta semula nombor akaun mak aku n recheck resit yang aku trima dari mesin cash deposit. Ternyata aku sudah tersalah letak nombor akaun. Persoalannya. Nombor akaun siapa yang aku letak ni sedangkan nombor akaun ni da bertahun lamanya aku simpan dengan nama 'Akaun Bank islam Mama' dalam nfon aku.

    Pada hari ini aku berusaha jugak p bank islam untuk cek siapakah empunya nombor akaun ini. Sekiranya nasib aku baik, aku akan dapat kembali duit tersebut. Sebelum aku masuk dalam bank islam, instinct aku cakap baik aku cek sendiri kat mesin cash deposit siapa nama pemilik akaun yang bertuah dapat duit aku itu, tetapi sebab aku lihat cam ramai plak orang ari 2 dengan alasan kalo aku lambat nanti kena menunggu lama plak. Aku x jadi p cek sendiri tetapi terus p tanya kat kaunter pertanyaan.



Kelihatan Abang Kaunter n Jaga Bank di meja kaunter pertanyaan.


Aku: Dua ari lepas saya bank in duit pakai mesin cash deposit.. tapi saya tersalah masuk nombor akaun orang lain bukan akaun mak saya. n bla..bla..bla...

Jaga Bank: Cik x tengok ke nama siapa yang tertera kat scrin masa cik masukkan duit.

Aku: x perasan lak..sebab time 2 saya nak cepat...x tengok pom men tekan je..

Abang Kaunter: Saya x pasti cik boleh dapat ke x semula duit 2, kena tanya tuan punyer akaun 2 la samada dia bagi ke x.

Aku: Apa perlu saya buat?

Abang Kaunter: Ada simpan resit?

Aku: Ada.(sambil keluarkan dompet tercari-cari resit n menghulurkannya)

Abang Kaunter- Ketak ketuk ketak ketuk (taip carian nombor akaun tersebut) 

Abang Kaunter: Nur Syazana

Aku: hah??(cuba menebalkan muka) (aku tesalah dengar ke ni??-dalam hati)

Jaga Bank: Naseb baik perempuan jugak.

Aku: Sape nama dia? (untuk kepastian)

Abang Kaunter: Nur Syazana

Aku: Itu nama saya..(memandang tepat ke mata abang 2 sambil menampakkan barisan gigi)

Abang Kaunter: Tak kan cik x ingat nombor akaun sendiri???

Aku: hehe... 


Cepat2 aku p cek duit dalam akaun aku. ya memang ada. Nape la aku x cek no akaun aku dulu sebelum p tanyer kat kaunter. Ini lah akibat nya x pernah nak hafal no akaun sendiri. MALU seyhhhh... (kalo la muka aku ni leh masuk lam beg sandang aku ni da lama aku sorok dalam beg)


p/s: Aku perasan masa aku tengah cek duit kat mesin ATM, aku dengar Abang Kaunter n Jaga Bank 2 gelak2....
kuang asam..hahaha

Monday, June 27, 2011

Kita Menghampirinya


Assalamualaikum w.b.t..


"hey azana, lame aku x nampak ko, da makin melidi ko skang ekk?"

"Tumpang tanya, kedai buku azanan kat mana?"

"halloo.... bleh saya bercakap dengan puan azana?"


Perasan x, apa kesilapan yang terdapat dalam ayat tersebut. Ok. Aku bukan nak ajak kalian belajar tatabahasa ke, betolkan ayat ke ape. Cuma ada perkara penting yang kita lupa atau sengaja dilupakan sebelum memulakan perbualan. Apakah???

'Memberi Salam'

Dunia semakin menghampiri hari tuanya, dalam erti kata lain kiamat semakin menghampiri. Tidak dinafikan ramai je yang memberi salam tetapi salam diberikan hanya kepada mereka yang dikenali sahaja. Betol x?

x payah nak ambik contoh jauh, contoh Aku la... kekadang bila aku tengok orang yang langsung tidak dikenali, mulut ni cam kena stapler je susah nak buka untuk bagi salam.Ok. Itu kesilapan aku sendiri. Tidak kira sesiapa pun, dimana sahaja kita berada ringankan lah mulut memberi salam, jika bukan manusia yang menjawab, malaikat sentiasa ada untuk menyambut salam kita.




"sesungguhnya diantara tanda-tanda dekatnya hari kiamat ialah manusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang dikenalinya sahaja" riwayat ahmad



p/s: Mulai ari ni tidak kira sesiapa pun, aku akan bagi salam.
Woii!!! agak2 la... tak kan bukan islam pun ko nak bagi salam???


Saturday, June 18, 2011

Kau Abah ku

Assalamualaikum w.b.t.






Itu lah Abah saya.

Macam mana Abah Korang??


******************


Di dalam sebuah perhimpunan. Aku berjalan keseorangan. Kelihatan seorang lelaki. Segak bergaya. Wajahnya sangat jelas diingatanku. Lenggok tubuh badannya. Senyumannya. Sungguh aku rindu. Sudah lama aku tidak bertemu dengannya. Aku cuba mengekorinya. Dan terus mengekori.Tetapi….

~~Aku bermimpi lagi setelah sekian lama insan itu tidak menyinggah di dalam mimpiku. . “Abah…” hatiku berbisik sayu. Kali ini air mata mengalir bukan kerana kehilangannya tetapi kerana aku merinduinya.

Aku tersedar sebelum jam telefon berbunyi. Tepat waktunya. Azan subuh berkumandang. Ku bangun dengan daya kudratku. Tiada apa yang dapat kuberikan untuk mu abah selain berusaha menjadi anak yang soleh  dengan harapan setiap doaku untuk Abah dimakbulkan Tuhan.



Wednesday, June 08, 2011

Menconteng Arang


Assalamualaikum..w.b.t.


Mud: berpraktikal

Seronok dapat menconteng arang kat muka kawan-kawan blog ni...eh? Menconteng arang? agak kasar d situ.. Azana sila menjaga tutur kata yang sopan...

Sebenarnya aku ingin menconteng muka korang di atas kertas.
Sesaja kebosanan di masa praktikal. Kat sini hanya tiga blogger sahaja yang aku sempat lukis. Mereka ini adalah 3 power rangers teratas yang paling rajin komen kat blog aku.
(x pasai-pasai korang dapat gelaran power rangers..suka x? hehe)
Makaseh ya Piqa, Amry dan Hanif.

Nah!!! tengok la.
Maaf ler kalo korang rasa muka korang cantik n hensem kat sini.





Melukis ni kena ada sedikit kerajinan..
Nasib baik aku tiada kerajinan yang sedikit itu.
Kalo x semua muka kawan blog aku lukis..

bye.




Thursday, May 26, 2011

Aku seorang Mak Cik


Assalamualaikum..w.b.t

Semalam baru je berlalu dan hari ini juga hampir separuh hari dilalui. Perjalanan semalam membangkitkan perasaan rindu pada Perak. Suasana yang sukar digambarkan. Belajar di perak pada setahun yang sudah berlalu menjadi kebiasaan kepada aku menjadi penumpang setia bas untuk ke Perak.

Tapi berlainan untuk kali ini kerana perjalanan aku tidak lagi ke Perak tetapi ke Shah Alam.
Kebiasaan aku menaiki bas tanpa banyak bicara dan perbualan dengan penumpang tempat duduk sebelah aku. Tapi berlainan dengan hari itu. Seorang mak cik menjadi partner tempat duduk aku. Pertama kali melihatnya. Senyuman memang x lekang dibibir aku lemparkan kepadanya.

" Mak cik bawak bekal nasi, nak makan atas bas. x selera nak makan kat umah pagi tadi" MAk Cik itu memulakan bicara.

Aku sekadar tersenyum.Tidak disangka dengan senyuman, mak cik itu menjadi ramah dengan aku. Berborak seperti aku cucu rapatnya.

Mak cik itu seorang yang pemurah, setiap kali bus berhenti untuk berehat, mesti ada saja makanan yang dibelinya. Pastu asyik suruh aku makan. Aku pemalu. Percaya x?haha
Sekali disuruh, sekali aku amik makanan 2. Kalo kata x nak kan, mak cik 2 da hulurkan makanan 2, x elok plak. Tapi kalo diingat balik cam aku malu2 tapi mahu je. heeee

"Nak pergi mana? belajar ke?" mak cik itu cuba menyoal aku.
"x la, saya ada praktikal".
"Mak Cik ada ayat nak bagi kamu, ayat ni untuk mudah nak minta kerja nanti"

Statement yang dikeluarkan itu, membuatkan aku tertarik nak mendengarnya.
dan mak cik 2 cakap lagi "blablablablablablablabla"
Aku dengar je apa mak cik 2 cakap, pastu senyum... lama juga la mak cik 2 cakap.

Tetiba"kalo kamu x nak ayat 2 pom, mak cik x pe je" mungkin sebab makcik 2 tengok aku diam je x ada cakap nak ke x nak. (padahal dalam hati, bagi la..bagi la..) tapi sebab aku malu. Aku x cakap pape. So ayat 2 melepas..

Katanya ayat 2 di ambil daripada potongan ayat Al-quran juga.
Pertemuan dengan mak cik 2 terpisah setelah sampai ke destinasi. Satu perkara yang aku lupa nak gitau mak cik itu. Sesuatu yang penting bagi aku. "Mak cik, Terima kasih!!!!!"


Dan beberapa minggu yang lepas mengingatkan aku kepada seorang mak cik. Di sebuah pasar pagi di Dengkil. Hari itu aku menjadi seorang peniaga pasar pagi. Sekadar menolong pak saudara berniaga nasi yang pelbagai menu menjadi pilihan pembeli. Datang seorang mak cik.

" kasi dua ekor burung" pinta mak cik itu.
tanpa banyak bicara aku mengisi burung puyuh goreng ke dalam plastik dan membungkusnya dengan kemas dan pantas kerana ramai pembeli lain yang sedang menunggu.
"ok. 7 hinggit mak cik." kata aku sambil menghulur burung goreng kepada mak cik itu.
Mak cik memandang aku dengan wajah kronik.

"sekor burung ni brape?"tanya mak cik.
"3.50 sen sekor"jawab aku pantas
mak cik itu segera buat muka yang sedia berkedut n meletakkan semula burung puyuh itu.
"td dia 2 (pak cik aku) cakap 2.50 sen sekor. Cam ni x mahu la aku"
mak cik itu terus bla cam tu je dengan muka selambanya. Tersentap aku kejap.

Aku heran. samada pak saudara aku tersalah cakap atau gegedang telinga mak cik 2 tersalah dengar. ok. aku paham orang tua.

Hari ni aku bercerita tentang insan yang bernama mak cik. Suatu masa aku juga akan menjadi seorang mak cik. Samada mak cik yang begitu peramah, mak cik yang pelik, mak cik yang dah meninggal dan ada orang bersedih kerananya atau macam2 lagi jenis perangai mak cik.

Jadi sekiranya korang bergaul, bertemu, bercakap dengan mak cik dan pak cik atau orang yang lebih berumur daripada korang. Hormati lah mereka. Tidak kira bagaimana cara sekalipun. Sebab kita juga akan menempuh alam itu. Seandainya layanan yang baik kita berikan kepada mereka ini, InsyaAllah di mana masa kita menjadi seperti mereka, orang lain juga akan melayan kita dengan cara yang baik. I'm right?



p/s: Aku da ada anak buah. Alamak! Aku kena terima hakikat yang aku sudah menjadi Mak Cik.

Monday, May 09, 2011

Kata-katamu


Assalamualaikum.w.b.t


Perasaan sakit hati kadang2 membolehkan kita melawan balik dengan kata-kata yang menyakitkan hati.

Contoh 1:
Pengutuk: Muka da la x lawa banyak jerawat pulak 2.
Mangsa kutuk: (diam ja.. malas nak layan)- jenis 'makan dalam'

Contoh 2:
Pengutuk: kau ni kurus keding tahap papan/gemuk la kau ni, muat ke nak lalu sini. Tengok kawan aku badan mantap je cantik pulak 2.
Mangsa Kutuk: ahh... kawan kau 2 pendek..

Itu la silap kita, ada mulut nak bercakap. ada otak tak mahu pikir. ada hati x pandai merasa.

Sikap dan cara seseorang itu berbeza. Ada yang sensitif dan ada yang jenis tak kisah. Walaubagaimana sekalipun mereka kita kena hormati. Kadang-kadang manusia itu tahu sikap seseorang itu yang jenis sensitif tetapi disengajakan jugak melemparkan ucapan buruk kepada mereka. Seolah-olah sehari tidak menyakitkan hati orang tak lena nak tido gamaknya.

Mungkin kata-kata yang menyakitkan hati itu diucapkan sekali atau dua tidak berbekas di hati. Namun bila terlalu acap kali kata-kata itu terngiang-ngiang di gegendang telinga. Tidak mustahil, terdetik di hati perasaan benci dan mungkin memendam rasa yang akan disimpan lama.

Di dalam Al-quran itu sendiri ada mengatakan larangan melontarkan ucapan-ucapan buruk kepada seseorang:

"Allah tidak menyukai ucapan buruk(mencela, memaki, menerangkan keburukkan2 orang lain, menyinggung perasaan seseorang dan sebagainya) yang diucapkan dengan terus terang kecuali oleh orang yang dianiaya. Allah adalah Maha mendengar lagi Maha Mengetahui" an nisaa' ayat 148

Kita tidak tahu apa isi hati orang yang dikutuk merasa. Kadang2 mulut lancang berkata-kata tanpa mengambil kisah hati perasaan orang. Mungkin jauh di sudut hati sudah tersimpan satu perasaan negatif yang sudah lama berbekas.



Berhati-hati bila berkata-kata. Hari ini kau menyakiti hati seseorang, esok lusa beribu orang lagi menanti untuk menyakiti hatimu. Bercakap banyak pom x guna kalau hanya menambah luka di hati. Orang cakap terkadang musuh itu lebih jujur daripada seorang sahabat sejati. Ada benarnya. Kata-kata jujur dari seorang musuh memberi seribu pengertian yang mana mungkin membawa kita berfikir dengan lebih rasional. Alasan sahabat sejati pula kadang-kadang tidak jujur kerana ingin menjaga hati dan itu lebih baik seboleh-bolehnya.

Pepatah berkata, buang yang keruh ambil yang jernih. Seumpama membuang keruh di dalam air yang jernih. Susah bukan? Begitu lah dengan hati yang telah disakiti untuk menyembuhkannya mengambil masa dan mungkin akan meninggalkan parut.

Ambil beberapa minit, muhasabahkan diri kita. Tanya diri kita.

"Ada orang tersinggung ke dengan kata-kata aku hari ni?"
"Aku terlepas cakap ke tadi"

Muhasabah kan diri kita kot2 kita menyakitkan hati kawan atau sesiapa sahaja tanpa kita sedari. Amalkanlah setiap kali sebelum tido, ringankan mulut mengucap maaf kepada sesiapa sahaja. Dengan ikhlas bukan terpaksa. Dan maafkan lah kata-kata yang telah menyakiti hati kita. Walaupun esoknya ia akan mengulangi menyakiti hati kita lagi, maafkanlah kesilapan orang itu.

"Jika kamu menyatakan sesuatu kebaikan atau menyebunyikan atau memaafkan sesuatu kesalahan (orang lain) sesungguhnya Allah Maha Pemaaf lagi Maha Kuasa" an nisaa' ayat 149



p/s: maafkan saya dan saya maafkan awak.





Sunday, May 08, 2011

FRIM

Assalamualaikum...w.b.t

FRIM? menda ape la ni?? FRIM singkatan nama bagi Forest Research Institute Malaysia. Terletak kat Kepong. Kawasan Hutan Warisan x silap aku. Sape penah p Frim?? Sila angkat kaki...dan goyang2 kan.. Kalo bukan kerana satu photographer competition yang dianjurkan mungkin aku x sampai kat sini. Ini pun sebab kami ada urusan kat Jabatan Perangkaan, so masa balik singgah lah kejap. Ni semua gara-gara si FR teringin nak join benda alah ni.. aku terpengaruh sama. ikot la..

Sebelum kami sampai, perjalanan yang sesak dengan bunyi bising deretan kereta di jalanan membuatkan kami lupe tentang itu seketika setelah sampai ke destinasi.


Ramai yang masuk pertandingan ni tambah2 yang pakai camera besar gedabak, dslr lagi la... aku ni nak masuk jugak? tapi pakai plak camera cikai je.. lantak la. lagi pun syarat penyertaan tidak kisah pakai camera ape sekali pun dan gambar tidak boleh di-edit. Die cuma nak tgok macam mana komposisi gambar yang diambil di kawasan FRIM ni. Ada banyak kategori tapi aku malas nak menyebutnya kat sini...heeee


Pusing-pusing kawasan ni jumpa ler satu port, kita orang lepak kat air terjun. boley la. tempatnya cantik dikelilingi hutan. Sebenarnya banyak lagi port yang menarik kat dalam FRIM ni tapi kami tidak berkesempatan sebab masa kami sampai da petang sangat jadi sempat snap gambar di satu tempat ni je.


Pertandingan ni memang membuka mata kami sebab hadiahnya sangat lumayan..$$$$$
Ni angkara smua da pokai time ni. Mula la duk hitung kalo menang nak buat ape.. kalo menang nak beli ape... kalo menang nak belanja sape... kalo menang nak berhenti blaja ke...Eh? kalo salah sorang menang kita share2 la ya... banyak la angan2 mat jenin nya ya.


Nak tau x keputusan pertandingan ni? Maka dengan ini diumumkan pemenang pertandingan photographer di menangi oleh (diikuti bunyi drum) drum....drum...drum..hehe
berdebar...berdebar wei...
Adakah kami layak menang? Adakah kami mendapat wang yang diidamkan?
Pang!!!! Bagi lempang ckit kepale ni... jangan nak perasan la. Ada hati nak menang. Hantar pun x penyertaaan, p amek gambar je. Kesibukan kerja Studio yang melampau x sempat kami nak submit benda alah ni. Akhirnya kami terima hakikat duit itu bukan milik kami.hehe(perasan je lebih, kalo submit pom belum tentu menang)



p/s: pssst.....kami menang kot. Kategori mengisi borang penyertaan paling banyak..haha

Saturday, May 07, 2011

Bagaimana cara kamu makan?

Assalamualaikum...w.b.t

Entry ni dibuat gara-gara aku penah join satu program etika makan pada satu ketika yang lebih kureng sebulan lepas. Tapi etika makan yang aku belajar 2 ajar makan makanan barat. Kena pakai sudu garfu bagai la. Cuma x pakai senduk je.

Pertama sekali, cara duduk masa kat meja makan kena sopan xleh nak menongkat siku atas meja, awal2 lagi aku da fail memang hobi la tangan aku mesti atas meja. Bagi pompuan duduk atas kerusi kaki kena kepit.. ala.. mane la diaorang tau kaki kita letak cam ner lagi pom alas meja 2 kan labuh. Amaran! Jangan menggunakan kesempatan nak menggaru bawah meja plak ek.op!!!

Makanan yang dihidangkan adalah seperti dibawah ape entah namanya.. Sepah Ngeti n chops stik.. maap la kita orang kampung idok nya reti nak menyebutnya..



Lepas 2 cara nak pegang sudu n garfu 2 kena betol. Jari telunjuk mesti letak atas pemegang sudu n garfu. lepas 2... alamak luper la.. hehe (nak tahu lebih lanjut korang google la) ni la akibatnya, pantang nampak makanan aku da x dengar da ape yang orang duk ajar.. aku fokus kot.. fokus kat makanan je.


Boleh x kalo nak makan menda ni pakai tangan??? hehe

Apa kata kita tiru cara Nabi muhammad s.a.w makan.. Jom!

Cara-caranya:

1. Sediakan tangan kanan bersama jari-jari (jangan lupa basuh tangan dulu)
Makan menggunakan tangan kanan dapat memudahkan proses penghadaman.

2. Duduk dengan keadaan yang baik menegak. Jangan menyandar semasa makan. Kalo rasa nak makan sambil baring 2, Boleh... boleh aku lempang??

3. Mulakan dengan nyanyi lagu siti.. ehh.. salah2. Mulakan dengan menyebut nama Allah, 'Bismillah'.
sunnah rasulullah s.a.w akan menghisap sedikit garam menggunakan jari kelingking sebelum makan kerana terdapatnya bahan mineral di yang diperlukan oleh badan kita. dan orang cakap garam merupakan penawar ke pada keracunan.

4. Amik makanan yang paling hampir dulu dengan kita. (kebiasaannya kalo ada makanan feberet ni mesti amek dulu walopun letaknya jauh kan)

5. Jangan banyak cakap.

4. Eloknya makan ler secara berjemaah dapat mengeratkan silaturrahim.

5. Jangan tinggal sisa makanan. Selagi boleh maka, telan la sampai abes dan jilat sisa makanan kat jari ek.

7. Da abes makan, basuh tangan dan baca doa sesudah makan(yang ni slalu aku lupa)


p/s: ok. Sepah Ngeti 2 buat aku nak tengok maharaja lawak plak..

Monday, April 18, 2011

Tak Tahan Kentut


Assalamualaikum..w.b.t.

Si I: Kau kentut ek???" (sambil merenung tajam si tukang kentut)
Si U: Mana ada.. sape la yang kentut ni kan (cover- keadaan mata buat2 cari sape yang kentut)

Penah tak situasi di atas terjadi pada korang? Sama ada korang Si I atau pun Si U. mana-mana la. ada kan.. Jangan nak tipu la kata tak. Buat pe nak malu semua orang pun kentut. Walaupun ratu cantik sekali pun kentut jugak, nak2 kentut yang ada irama lagi. Tapi kalo korang tak kentut atau berulang kali sangat kentut 2 pentanda mungkin ada masalah kesihatan.

Ok. Walaupun kentut 2 tak salah, jangan la plak dalam majlis pun korang tanpa segan silu malah bangga lagi melepaskan dentuman boom. Jangan... memalukan diri sendiri nanti. Kalo nak nampak beradab lagi, keluar la dari orang ramai. Tapi menjadi masalah juga, macam mana kalo kentut 2 da terlepas x sempat nak lari? Hah.. yang 2 aku tak tahu. Tanggung la sendiri..hehe

Kentut merupakan sebahagian lebihan gas dalam perut atau usus. Bagaimana cara korang kentut bergantung pada makanan apa yang korang makan. Contoh makanan berangin seperti kacang. Telur? aku x rasa telur makanan berangin tapi kalau kentut ni kaw punyee bess bau die ni, nak2 melepas dalam sungai ni maunya mati ikan.

Sebenarnya, kentut juga menjadi masalah apabila mengganggu solat kita. Betol x? Baru je nak solat, da terkentut. x pasai2 kena p amek air sembahyang balik. Sekadar ingin berkongsi kepada sesiapa yang ada masalah kentut. Mai mai sini, mai dekat, ada barang baik punyer.


Doa Tahan Kentut

u'iizuhu bilwaahidi ssamadi min sharri kulli zii hasadin walaahaula walaquwwatu illaabillahil 'aliyyil 'azhiim

"Aku berlindungkan akan dia dengan Allah yang maha esa daripada kejahatan tiap-tiap sesuatu yang hasad"

Senang je cara nak amalkannya:

1.Baca doa ni selepas ambil wudhu'.
2.Berdiri dengan meletakkan kedua belah tapak tangan di perut (di ari2).
3.Baca doa sambil tapak tangan disapu ke atas (Ulang 3 kali doa itu).
4.Letak sebelah tapak tangan di punggung (tulang salbi/tongking) di tepuk dan baca doa sekali sahaja.
5.pohon la doa: "Ya Allah mudah-mudahan wudhu' ku tidak terbatal sehingga selesai sembahyang".

Sumber: Ustazah Kalthom Dato' Hisham - Pakar Rujuk TH

Doa ni aku amek kat dalam surau buatan kami dalam studio. Member aku, Ashikin yang tampalkan kat partition ruangan solat itu. Bagos la ada kepentingan bersama.


p/s: Kentut ni bagus dapat membuang angin lebihan dalam perut. Kesimpulannya, 'Jangan malu nak kentut, tak mati pun' heeee

Sunday, April 17, 2011

Model Kami


Assalamualaikum...w.b.t.

Dua minggu lepas adalah ari critical busy bagi semua pelajar UiTM x kira la course ape sekali pun. time 2 la nak siapkan assignment, time 2 la nak test, time 2 la nak buat report time 2 la nak presentation.. busy...busy.. kalah perdana menteri.

Ok. nak citer ckit pasal assignment.
Ini adalah hasil kerja kami yang buat last2 minute.. Apa macam. Ok x?
Mestila x bape ok... banyak yang x complete.


Tapak kajian kami di Kuala Lumpur dengan tema KL Oasis.

dan concept group kami adalah Green City.
Banyak menggunakan element of green technology.
Tapi aku rasa banyak lagi pokok yang perlu ditambah.


Aku bersama ahli kumpulan dan model.

Kami sepatutnya present group pertama tp sebab aku tertinggal pendrive terpaksa bagi group lain dulu present.
Masa 2, ahli group aku yang lain da saling berpandangan macam nak telan aku je..haha
yela...da dia orang berpenat-penat buat slide nak present, bleh plak aku ngan selambanya tertinggal pendrive..da ada penyakit nyanyok ke apa aku ni..hehe

xpe... dengan stamina yang ada.. aku apa lagi laju2 balik kolej p amek pendrive.
Hasil kesungguhan aku, kami sekumpulan tidak dipotong markah..
malahan dipuji lagi...wahaha (dengan nada riak)..ish2 terok punyer perangai..


Antara group yang hanya dua orang ahli sahaja, Affi n Dila.


Ni kumpulan Ikano

Kami bersama lecturer Urban Design yang d best, Tuan Syed Mohd Hassan.


p/s: gara-gara nak siapkan model ni,

aku tertido dalam keadaan duduk n menganga. (ngantok tahap cipan wei)

ish terok seyhhh...hahaha


Saturday, April 16, 2011

Aku sudah jatuh hati


Assalamualaikum...w.b.t.

"comelnya ko keta"
Keta volswagen bettle a.k.a keta katak.

Ini lah keta katak yang pertama aku amek gambar.. masa ni aku buat kajian tapak kat cameron highland semasa belajar diploma dulu. Da lama da tahun 2008. Lecturer suh amek gambar sekitar tapak kajian. klik sana klik sini las2 ada keta ni park elok je kt tepi jalan.. ter-shoot skali.

Bermula dari situ lah... terciptalah satu hobi baru dalam hidup aku..
Aku akan amek gambar keta katak ni x kira di mana sahaja aku berada.

Memang nampak xde kerja.
Tapi benda 2 aku suka dan buat aku rasa puas..haha


Kalo ikotkan belambak je gambar keta ni cari kat google.
tapi itulah kelainannya kalo tangan ini sendiri yang menangkapnya.
(bunyi cam nak tangkap ape ntah)
Ada risikonya. Kena tahan malu la..
Kalo keta 2 parking kawasan orang ramai.. buat dek je la...
Sekali owner keta kat belakang.. cari pasai aku..

eh2.. ni bukan keta katak.. tapi still nampak retro..
masa ni aku buat kajian tapak kat pulau pinang.. ada pameran ape ntah time 2.




Dan ini lah keta pertama dalam Uitm Shah Alam yang telah menjadi mangsa tangkapan aku.
Sori la pada owner.

Memang aku betol2 jatuh hati kat kau keta
tambah2 ada versi volkswagen bettle yang lagi moden ni..
comeynya....



Tetiba aku terpikir..
Nanti aku kahwin nak buat cam kat bawah ni la...
mesti bajet banyak ni...
harapan la... 2 pun kalo ada putera dato' masuk meminang lagi..Errrr


p/s: excited punyer pasal tengok keta ni..

aku da pecahkan duit tabung, kira punya kira nak beli nasi jap lg cukup la...hee


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...