"Cerita ini adalah rekaan semata-mata dan tiada berkait dengan yang hidup atau yang telah mati. Mungkin cerita ini pernah didengar, dibaca di mana2 dan mungkin cara penceritaannya yang berbeza. Sekadar perkongsian bersama"
Bermulanya satu cerita di sebuah rumah yang dihuni oleh keluarga kecil terdiri daripada si bapa dengan sikapnya yang tegas dan garang segarangnya dan si isteri yang cantik manis semanis gula (isteri inteprem je dalam cerita ni) bersama si anak kecil yang bulat sebulat-bulatnya..camner 2 ek? itu yang kite x tau.
Nak dijadikan cerita, telah masuk waktu zohor dan bapa yang garang kepada si anak yang bulat segeralah mengambil wuduk dan menukar persalinan asal kepada baju jubah yang bersih. Bapa tersebut membentangkan sejadah dan berdiri di atas sejadah untuk menyegerakan solatnya. Si anak yang bulat itu berpaling melihat kelakuan si bapa ketika sedang bermain patung robot tom rider.
Setelah bapa yang garang itu bangun dari sujud untuk ke rakaat seterusnya tetiba, ada sesuatu telah menarik minat si anak yang bulat itu dari asyik bermain robot tom rider ke tempat si bapa yang tengah bersolat. Sebenarnya pakaian jubah yang dipakai si bapa telah tersepit di celah montot si bapa dan menyebabkan montot si bapa berbentuk elok di situ.heh Si anak dengan perasaan yang tidak dapat digambarkan mungkin kesian, mungkin terasa lucu atau juga mungkin terasa takot dengan bapanya.
Si anak yang bulat itu tanpa berfikir panjang menarik kain jubah yang tersepit itu perlahan-lahan. Tetiba si bapa seperti bergerak gerak dan si anak yang bulat itu merasa jelingan tajam di hujung ekor mata si bapa seolah-olah memerhati tajam si anak. Si anak yang sangat takot dimarahi oleh bapanya yang garang, apa lagi dengan segera memasukkan kembali kain jubah ke celah montot si bapa yang ditarik keluar tadi menggunakan tangannya..heh??
Kisah ini sedikit sebanyak menceritakan sejauh mana kusyuknya seseorang itu ketika mengerjakan solatnya.Khusyukkah si bapa itu?
Khusyukkah kalian di dalam solat? Itu hanya Tuhan dan kalian sahaja yang tahu. Jadi, kalian sendiri lah yang boleh menilai sejauh mana penghayatan ketika mengadap Tuhan. Antara perilaku x khusyuk adalah berkhayal ketika solat. Orang kata time solat la idea banyak datang. See? Walopun mulut duk kumat kamit membaca bacaan Quran dalam solat tapi fikiran da melayang entah ke mana. Kan? kan?
Contoh la, ada sorang lelaki sedang solat, tetiba ada bau makanan. Zaaaapss. Skali lalu je..bau mengancam menusuk hidung, dalam pikiran ni " eh, ni bau masak lomak cili padi ni.. Bukan2.. goreng tempe ngan petai ni" hah siap boleh main teka2 lagi dalam solat..khusyukkah??
Tepuk dada tanya lah iman...
p/s: Rasa khusyuk mestilah diperhatikan dan diamalkan dalam setiap solat. Khusyuk adalah ukuran kesempurnaan solat dan tanpanya solat sekadar gerakan-gerakan ringan semata-mata yang hanya sia-sia.
Mari lah kita bersama-sama memperbaiki solat kita semoga lebih baik dan sempurna kerana solat itu mencegah dari kemungkaran.