Sunday, September 26, 2010

Saturday, September 25, 2010

5: Dialog cinta..

Bacalah dengan hati yang terbuka…

Hayati, fahami..renung-renungkan…


Kami telah berjanji sehidup semati!

Apa ada pada janji cinta? Sudah berapa banyak janji cinta musnah? Lelaki, jangan diharap pada janji lelaki. Mereka hanya menunggu peluang keemasan saja. Habis madu, sepah dibuang. Pepatah itu diungkap kerana ia sering berulang sehingga menjadi pepatah.


Si dia lain dari yang lain. Dia lelaki yang penyayang dan bertanggungjawab.

Tahukah hati budi lelaki? Sejahat mana lelaki, apabila ingin mengambil wanita sebagai isteri dan ibu anak-anaknya, dia akan memilih wanita yang baik. Tapi untuk berfoya-foya, lelaki biasanya akan memilih perempuan murahan kerana ia suatu pelaburan yang menguntungkan. Itulah rahsia lelaki.


Jadi, perempuan yang bercinta jatuh maruahnya pada pandangan lelaki?? (tidak ada dalam syariat)

Tentu. Mana ada lelaki normal suka pada barang second hand sedangkan barang baru masih ada. Sesetengah mereka menggambarkan perempuan seperti kereta yang diletakkan di bilik pameran sahaja. Tapi ada orang bleh test drive. Ada pula yang kata, sekadar sepinggan mee goreng dan segelas sirap bandung, bawalah ke hulu ke hilir. Sedihkan. Itulah hakikatnya.



Monday, September 13, 2010

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...