Friday, August 20, 2010

BEL oh BEL


Course: BEL - Presentation Skill
Code: BEL 492
Lecturerer: Mr. Darmarajah
Topic: Effective Management of Time in Studies
Slide: 4
Time: 5 minutes





p/s: tajuk yang aku pilih ni sgt simple n
harap orang len paham apa yang aku nk sampaikan.

Friday, August 13, 2010

Menahan Dahaga



Entry kali ni berkait dengan puasa. Antara tujuan berpuasa itu menahan kita dari dahaga dan lapar. Nak d jadikan cerita kenapa aku kata terpaksa 'menahan dahaga' sampai waktu berbuka, sebabnya bila time sahur aku x sempat nak minum air selepas aku makan nasi. Kering tekak aku dibuatnya. Da la buka puasa semalam aku minum sikit je air.

Aku ngan Muna sama2 p amek air kt mesin water cooler kt luar bilik, time 2 la aku dengar azan da berkumandang. Waa..nk minum air... Pelik jgk nape la azan subuh cam awal je. Si Muna suh aku minum je, die cakap sempat je lagi kalo nak minum. Tapi aku x nk gak. Aku was2 dan jadi keliru boleh ke minum lagi. Kan da azan. Untuk mendapat kepastian aku n Su search kt internet 'hukum sahur':

Hukum Mengakhirkan sahur.

  1. Disunnahkan kita mengakhirkan sahur atau berhenti makan @minum sesaat sebelum fajar
  2. Jarak (selang waktu) antara sahur dan masuk solat subuh adalah kira2 lama seseorang membaca 50 ayat di kitabullah

Anas Radhiallahu 'anhu meriwayatkan dari Zaid bin Tsabit radhiallahu 'anhu:

"Kami makan sahur bersama Rasulullah Shalallahu 'alaihi wasallam kemudian beliau shalat aku tanyakan (kata Anas): "Berapa lama jarak antara adzan dan sahur? Beliau menjawab: "Kira-kira 50 ayat membaca Al-Qur'an." (HR. Bukhori (4/118) Muslim (1097)).

Sesungguh kejelasan adalah satu keyakinan yg tak ada keraguan lagi.


ok. Terasa cam bengang gak la rupanya azan yang aku dengar 2 adalah azan nak kejutkan orang bangun sahur. Kat Shah Alam ni azan akan berkumandang 2 kali. First nak kejutkan orang bangun sahur dan satu lagi baru la azan subuh..(kesahihannya x pasti) maklumat ni aku dapat dari Su , 2 pn member die yg cakap. entah2 member kepada member Su 2 pn member die yg cakap..hahaha

Apa2 pn xkisah la.. Janji niat puasa 2 kena lah btol kerana Allah swt, sudah pasti kita dapat menjalani ibadah puasa dengan sabar.


Di kesempatan ni, xlewat lagi ak nak ucapkan selamat menyambut bulan ramadhan al-mubarak kepada kawan-kawan aku. Sape??

Piqa, Qila, Shikin, Nadya,

Kak Ain, Ecah
Roomate - Muna, Su, Niza
x lupa jugak kepada jiran sebelah bilik, sebelah depan, bilik yg dekat ngn toilet, sape yang duk kt Kolej anggerik. heheh Ayam kat kampung juga x d lupakan..

p/s: Sory kepada su n Niza. Gambar korang xda dalam simpanan ak. Tak, sebenarnya aku x mau letak gambar korang, korang cantik sangat... rasa tergugat plak..haha

Monday, August 09, 2010

Bahaya Pujian



Siapa yang tidak suka dipuji? Bukan wanita sahaja yang suka dipuji tetapi lelaki, kanak-kanak, orang tua dan juga orang muda.
Namun hati2 kerana pujian itu ada bahayanya yang tersendiri. Kata imam ghazali, terdapat 6 bahaya pujian, 4 pada orang yang memuji dan 2 pada orang yang dipuji.


Bahaya pada orang yang memuji

  • Kemungkinan pujian melampau yang akhirnya akan menjadi pendustaan.
  • Kemungkinan menyebabkan hati dimasuki sifat menunjuk, memuji sekadar menunjukkan bahawa dia akrab tetapi yg berlaku adalah sebaliknya yang akhirnya akan menjadi munafik.
  • Kadang kala mereka mengucapkan sesuatu yang tidak diketahui benar atau tidak yang mungkin perkara itu tidak diselidikinya langsung
  • Dibimbangi pujian itu akan menyebabkan orang yang dipuji terus leka dan tidak menyedari kelemahan diri sendiri seolah-olah org yang mmuji itu merelakan sesuatu yang buruk terus berlaku.

Bahaya pada orang yang dipuji

  • Orang yang dipuji kan terus bongkak dan banga dengan diri sendiri.
  • Orang yang dipuji akan terus leka dengan pjian lantas mengurangkan ushanya untuk membaiki kelemahannya.

Akhir kata berhati-hati dengan pujian, berikan pujian dengan ikhlas dan kerana Allah S.W.T.



Tinta Jumaat (MPP Uitm Perak 07/08)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...