Sunday, October 23, 2011

Mee Bandung Muar


Assalamualaikum w.b.t

Semester lepas kajian studio aku di negeri en. Fairus semestinyalah Negeri Melaka.. tapi semester ni kami ditugaskan buat Kajian Rancangan Tempatan kat negeri cikgu Mat Som plak...Negeri Johor. tapi bukan kaji keseluruhan kawasan Johor tapi Daerah Muar sahaja... 


 Perbincangan sebelum memulakan tugasan

Taklimat di Majlis Daerah Muar


Ak anggap kajian kali ni bukan untuk belajar. tapi pergi melancong....haha


Meronda Bandar Muar


 Kami di Kolam Air Panas Gersik, Muar 


Air terjun Ledang

 Kami naik cruze kat tanjung emas..

Kami juga sempat singgah di Ayer Hitam tapi xde gambar sebab teruja nak beli belah (Teruja lah sangat). 

Korang nak tau x?? kalo x nak tahu pom aku nak bagi tau jugak..haha Ada satu nama desa yang menarik perhatian aku semasa dalam perjalanan sebelum sampai ke Ayer Hitam. Tahu x apa dia??  Desa Temu Jodoh. hehe agaknya ramai orang bertemu jodoh kat desa 2 kot..haha 
Adehh penat je aku bagi tau korang.. xde respond pom....hehe

K r...entah ape aku merapu. Caw Cin Cau


p/s: Ada x aku citer pasal mee bandung?? Ada x aku letak gambar mee bandung?? xda kan.. mesti korang x perasan..huhu
Saje letak Tajuk Mee Bandung sebab kalo ingat Muar mesti ingat Mee Bandung.. Sedap wooo...x tipu.. 



Sunday, October 16, 2011

Kembali


Assalamualaikum w.b.t


Salam kembali bicara dimulakan

Menonjolkan diri tanda si Belog tidak dilupakan

Dua bulan sepuluh hari tidak lama mana kan?

Ke mana aku menghilang mungkin menjadi persoalan.


"Kau da berubah" si Belog memberi tuduhan

sejak kembali bertemu si dia yang sudah lama ditinggalkan

'si Muka Buku' diberi nama penuh kemelayuan

yang kau sanjung sehingga lupa si Belog bersendirian


Hari ini aku terhantuk diberi kesedaran

Rupanya Si Belog merajuk menagih kasih sayang

Aku kembali untukmu si Belog kesayangan

Meninggalkan si Muka Buku yang kau harapkan


Kembalinya aku memujuk si Belog kesunyian

Agar hari-harinya penuh keceriaan

Tetapi ini bukan suatu perjanjian 

Kerana manusia selalu inginkan perubahan


Jika sekali lagi si Belog ditinggalkan

Berharap yang ditinggalkan banyak beri pedoman

Kepada mereka yang sentiasa memberi kesetiaan

Moga2 sedikit info pon jadilah dibawa pulang......




p/s: hoi..hoi...rindunya kat Kau si Belog yang hensem!!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...