Monday, June 27, 2011

Kita Menghampirinya


Assalamualaikum w.b.t..


"hey azana, lame aku x nampak ko, da makin melidi ko skang ekk?"

"Tumpang tanya, kedai buku azanan kat mana?"

"halloo.... bleh saya bercakap dengan puan azana?"


Perasan x, apa kesilapan yang terdapat dalam ayat tersebut. Ok. Aku bukan nak ajak kalian belajar tatabahasa ke, betolkan ayat ke ape. Cuma ada perkara penting yang kita lupa atau sengaja dilupakan sebelum memulakan perbualan. Apakah???

'Memberi Salam'

Dunia semakin menghampiri hari tuanya, dalam erti kata lain kiamat semakin menghampiri. Tidak dinafikan ramai je yang memberi salam tetapi salam diberikan hanya kepada mereka yang dikenali sahaja. Betol x?

x payah nak ambik contoh jauh, contoh Aku la... kekadang bila aku tengok orang yang langsung tidak dikenali, mulut ni cam kena stapler je susah nak buka untuk bagi salam.Ok. Itu kesilapan aku sendiri. Tidak kira sesiapa pun, dimana sahaja kita berada ringankan lah mulut memberi salam, jika bukan manusia yang menjawab, malaikat sentiasa ada untuk menyambut salam kita.




"sesungguhnya diantara tanda-tanda dekatnya hari kiamat ialah manusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang dikenalinya sahaja" riwayat ahmad



p/s: Mulai ari ni tidak kira sesiapa pun, aku akan bagi salam.
Woii!!! agak2 la... tak kan bukan islam pun ko nak bagi salam???


Saturday, June 18, 2011

Kau Abah ku

Assalamualaikum w.b.t.






Itu lah Abah saya.

Macam mana Abah Korang??


******************


Di dalam sebuah perhimpunan. Aku berjalan keseorangan. Kelihatan seorang lelaki. Segak bergaya. Wajahnya sangat jelas diingatanku. Lenggok tubuh badannya. Senyumannya. Sungguh aku rindu. Sudah lama aku tidak bertemu dengannya. Aku cuba mengekorinya. Dan terus mengekori.Tetapi….

~~Aku bermimpi lagi setelah sekian lama insan itu tidak menyinggah di dalam mimpiku. . “Abah…” hatiku berbisik sayu. Kali ini air mata mengalir bukan kerana kehilangannya tetapi kerana aku merinduinya.

Aku tersedar sebelum jam telefon berbunyi. Tepat waktunya. Azan subuh berkumandang. Ku bangun dengan daya kudratku. Tiada apa yang dapat kuberikan untuk mu abah selain berusaha menjadi anak yang soleh  dengan harapan setiap doaku untuk Abah dimakbulkan Tuhan.



Wednesday, June 08, 2011

Menconteng Arang


Assalamualaikum..w.b.t.


Mud: berpraktikal

Seronok dapat menconteng arang kat muka kawan-kawan blog ni...eh? Menconteng arang? agak kasar d situ.. Azana sila menjaga tutur kata yang sopan...

Sebenarnya aku ingin menconteng muka korang di atas kertas.
Sesaja kebosanan di masa praktikal. Kat sini hanya tiga blogger sahaja yang aku sempat lukis. Mereka ini adalah 3 power rangers teratas yang paling rajin komen kat blog aku.
(x pasai-pasai korang dapat gelaran power rangers..suka x? hehe)
Makaseh ya Piqa, Amry dan Hanif.

Nah!!! tengok la.
Maaf ler kalo korang rasa muka korang cantik n hensem kat sini.





Melukis ni kena ada sedikit kerajinan..
Nasib baik aku tiada kerajinan yang sedikit itu.
Kalo x semua muka kawan blog aku lukis..

bye.




LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...