Saturday, December 25, 2010

Khusyu' kah kita?


"Cerita ini adalah rekaan semata-mata dan tiada berkait dengan yang hidup atau yang telah mati. Mungkin cerita ini pernah didengar, dibaca di mana2 dan mungkin cara penceritaannya yang berbeza. Sekadar perkongsian bersama"



Bermulanya satu cerita di sebuah rumah yang dihuni oleh keluarga kecil terdiri daripada si bapa dengan sikapnya yang tegas dan garang segarangnya dan si isteri yang cantik manis semanis gula (isteri inteprem je dalam cerita ni) bersama si anak kecil yang bulat sebulat-bulatnya..camner 2 ek? itu yang kite x tau.


Nak dijadikan cerita, telah masuk waktu zohor dan bapa yang garang kepada si anak yang bulat segeralah mengambil wuduk dan menukar persalinan asal kepada baju jubah yang bersih. Bapa tersebut membentangkan sejadah dan berdiri di atas sejadah untuk menyegerakan solatnya. Si anak yang bulat itu berpaling melihat kelakuan si bapa ketika sedang bermain patung robot tom rider.

Setelah bapa yang garang itu bangun dari sujud untuk ke rakaat seterusnya tetiba, ada sesuatu telah menarik minat si anak yang bulat itu dari asyik bermain robot tom rider ke tempat si bapa yang tengah bersolat. Sebenarnya pakaian jubah yang dipakai si bapa telah tersepit di celah montot si bapa dan menyebabkan montot si bapa berbentuk elok di situ.heh Si anak dengan perasaan yang tidak dapat digambarkan mungkin kesian, mungkin terasa lucu atau juga mungkin terasa takot dengan bapanya.

Si anak yang bulat itu tanpa berfikir panjang menarik kain jubah yang tersepit itu perlahan-lahan. Tetiba si bapa seperti bergerak gerak dan si anak yang bulat itu merasa jelingan tajam di hujung ekor mata si bapa seolah-olah memerhati tajam si anak. Si anak yang sangat takot dimarahi oleh bapanya yang garang, apa lagi dengan segera memasukkan kembali kain jubah ke celah montot si bapa yang ditarik keluar tadi menggunakan tangannya..heh??



Kisah ini sedikit sebanyak menceritakan sejauh mana kusyuknya seseorang itu ketika mengerjakan solatnya.Khusyukkah si bapa itu?



Khusyukkah kalian di dalam solat? Itu hanya Tuhan dan kalian sahaja yang tahu. Jadi, kalian sendiri lah yang boleh menilai sejauh mana penghayatan ketika mengadap Tuhan. Antara perilaku x khusyuk adalah berkhayal ketika solat. Orang kata time solat la idea banyak datang. See? Walopun mulut duk kumat kamit membaca bacaan Quran dalam solat tapi fikiran da melayang entah ke mana. Kan? kan?


Contoh la, ada sorang lelaki sedang solat, tetiba ada bau makanan. Zaaaapss. Skali lalu je..bau mengancam menusuk hidung, dalam pikiran ni " eh, ni bau masak lomak cili padi ni.. Bukan2.. goreng tempe ngan petai ni" hah siap boleh main teka2 lagi dalam solat..khusyukkah??


Tepuk dada tanya lah iman...



p/s: Rasa khusyuk mestilah diperhatikan dan diamalkan dalam setiap solat. Khusyuk adalah ukuran kesempurnaan solat dan tanpanya solat sekadar gerakan-gerakan ringan semata-mata yang hanya sia-sia.


Mari lah kita bersama-sama memperbaiki solat kita semoga lebih baik dan sempurna kerana solat itu mencegah dari kemungkaran.



Thursday, December 23, 2010

Sahabatmu Sahabatku jua



Dalam kita mencari sahabat, tahukah kita siapakah sahabat kita? Kita boleh bersahabat dengan sesiapa sahaja. Sebaik-baiknya bersahabatlah dengan orang yang boleh membawa ke arah kebaikan. Sahabat mencerminkan diri kita. Ibaratnya kalo kau kawan dengan penjual minyak wangi da pasti badan kau bau minyak wangi atau kau dapat sebotol minyak wangi, 2 pun kalo die x kedekut la.ngeh.. x pun kalo kata kau kawan ngan lawyer da pasti ko akan jd loyar buruk.eh?? Jadi jangan terhadkan seorang je sahabat. Sahabat adalah orang yang paling rapat. Nama lagi sahabat kan sudah pasti la boleh sama2 susah senang, boleh berkongsi masalah. x gitu??


Aku pun ada sahabat.hah..ni yang nak citer..


Dulu, masa aku kecik2 sahabat aku bernama Izni. Manis orangnya. Muda setahun dari aku. Walopun dia adalah sahabat kecilku namun dia lah yang mewarnai kehidupan aku ketika itu. Main masak2, panjat bukit, main dalam parit, bla bla.. semua aktiviti da dicuba. Kalo time gembira memang la syok sama2 tapi bila time gadoh lagi syok…haha itu la dinamakan sahabat. Mana ada sahabat yang baik setiap masa. Gadoh pun biase la gadoh2 manja..budak2..


Izni


Ketika zaman persekolahan menengah pulak tidak aku sangka wujudnya orang bernama Sue.hehe Dia adalah kawan kepada kakak aku. Masa aku kecik x ingat plak dia ada. Seingat aku tak penah plak aku main masak2 ngn die. x kisah la yang penting sekarang dia da jadi sahabat aku. Kami mula rapat bila Sue bertukar ke Sekolah aku. Dan kami lagi rapat ketika sama2 bekerja sebagai minah pam minyak kat sebuah Shell. Sambil2 menunggu result spm dan stpm keluar, kami rela menjadi anak keling selama 2 bulan... panas woo...



Sue

Lain cerita plak bila dapat sambung pelajaran di U. Bermulanya titik perkenalan di atas bus. Duduk bersebelahan. Perjalanan nak p site visit. Bersama-sama makan kopok. Makan berdua je x kasi kat orang lain.hukhuk Aku rapat dengan si Piqa dari Part 1 lagi sampai la part 6 time diploma. Skang bile sambung Degree die dan aku da x duk satu studio. Tapi kitaorg still giler2 macam dulu..hakhak



Piqa


Mereka di atas adalah antara sahabat aku, dan x mustahil boleh menjadi sahabat korang. Seronok bila ada sahabat. Tetapi sahabat boleh berubah kerana sahabat juga merupakan manusia biasa yang sentiasa inginkan perubahan. Perubahan juga mungkin berlaku mengikut persekitaran. Kita akan mencari sahabat yang sama cas dengan kita. Aku maksudkan keserasian. Mungin kau dulu serasi ngan si enot, tup2 dua tiga tahun kemudian kau akan serasi dengan ketot plak. Kita mencari sahabat kerana mereka merupakan salah satu pelengkap kepada hidup kita.


Semakin kita mencari semakin kita mengetahui dan mengenali siapakah sebenarnya yang dinamakan sahabat. Walopn sekarang mungin kita sudah tidak serapat mana pun dengan sahabat masa kecik, sahabat masa sekolah dan sahabat tempat pengajian tinggi tetapi mereka tetap sahabat aku sampai bila2. Hidup aku dulu2 xkan ceria tanpa hadirnya mereka pada satu ketika dahulu.



Sekarang.. Aku mencari lagi sahabat….

Adakah kau yang duk baca cerita aku ni akan menjadi sahabat aku? hukhukhuk



p/s: panjang haih citer pasal sahabat.. Sonok sebenarnya..:)

Saturday, December 18, 2010

Episod budak khatan


Ini adalah kisah si budak ijat dan pelakon tambahan berbaju belang pink adalah aku. hukhuk gelak mulut kecik.
Btol ke kalo sehari sebelum sunat kena makan banyak2? haha x la. Xdanya kalo bersunat kena makan ckit tapi kena pantang adala.. jadi cam orang baru lepas bersalin plak ek.. Oww


Si ijat pegi klinik pagi dokter suh balik, ramai plak nak bersunat ari 2 katanya. Terpaksa pegi petang plak.
Aish... x senang je aku nengok si ijat. Termenung je. Adakah die tkot? berdebar? atau excited?hukhuk.. yang aku nampak si ijat tenang menanti saat itu..


Actually, aku x tau keadaan sebenar die di klinik. Itu hanya imaginasi aku.hahaha
Die pegi klinik pun dengan pakcik aku. Si ijat cakap pembantu dokter yang sunatkan. Sekarang kire mudah la ek nak bersunat da x pkai perkhidmatan tok mudin da..hehe



Gelagat si budak khatan


Kebiasaannya si ijat duk sorang kat bilik dan bilik aku sebelah je ngan bilik die. Mesti dengar punyer si ijat kalo duk cakap sorang2. Bosan gamaknya.
Time ni aku duk syok ketak ketuk tekan mouse, tetiba je...

"Assalaimualaikum..." dengan nada yang sengaja dikasarkan sedikit.
aik suara siapa itu? cam ku kenal aja suara itu. Aku apa lagi p la intai kat bilik si ijat.. Die pandang aku. pastu senyum. "Aku tengah testing suara" katanya. hahaha boleh plak ek.
Agak2 la.. baru je brape ari bersunat x kan suara da bertukar jadi garau.


Time ni sangat la x bes kot bagi budak berkhatan. yela kena pantang. Kalo makan x pantang kan amek masa lama plak nak sembuh. x gitu? Biasanya aku akan siapkan makanan untuk si ijat ni sebelum aku masak untuk family aku. dan aku akan pastikan die makan dulu dari kami.haha itu tektik aku sebenarnya.

Bukannya apa, kan x pasai2 die x lalu makan sebab tengok lauk kami cam lagi bes je. Sekurang-kurangnya x la die teringin nak makan sebab perut dan kenyang kan.
Tapi si Ijat bg amaran keras" nanti aku da sembuh kau masak lauk cam korang ni untuk aku" sambil buat muka x puas hati.




Tido? biase la kena teman. Mak aku yang teman kan si ijat ni tido.
Aku pesan kat si ijat "kau kan da bersunat malu la tido pun kena ada orang teman"
Tup2 malam 2 die tido sorang2..
bagos2...:)


Sekarang: Hari ni. Rasanya da sembuh la kot. Aku da x nampak batang hidung si ijat da heh kat umah.



p/s: cerita ini sekadar perkongsian pengalaman aku semasa menjaga si ijat budak sunat.
Suatu masa akan datang x tahu bile, aku juga akan berkahwin dan bakal menjadi seorang ibu, mungkin pengalaman ni berguna untuk aku.heeeeee

Tuesday, December 14, 2010

Kenapa Ikan Tidak Berlidah?


Sekarang pegi buka peti ais, cek ikan ada lidah ke x. Jangan x tau. Tapi ada jugak ikan yang berlidah, x tau la ikan pe.. p cek sendiri...
Sebenarnya ada cerita dibalik ikan tidak berlidah.

Allah S.W.T telah menciptakan Adam A.S. Maka diperintahkanNya malaikat-malaikat sujud kepada Nabi. Kesemua malaikat sujud kepada Nabi Adam A.S kecuali iblis laknat. Oleh sebab si iblis ni degil x mau sujud maka Allah S.W.T melaknatnya dan mengusir dari syurga dan dihapuskan rupa mukanya, lalu diturunkan ke bumi. Si iblis ni terus menuju ke laut setelah diletakkan di bumi.


Pertama sekali yang dijumpai oleh si iblis ni adalah ikan. Punyer la jahat si iblis ni, nama lagi iblis kan memang la jahat. Maka die menceritakan perihal ciptaan Nabi Adam A.S dan berkata iblis
"Sesngguhnya Nabi Adam itu memburu dan mengambil binatang-binatang yang melata di lautan dan daratan."
Setelah ikan mendengar cerita itu, apa lagi ikan-ikan tu pergi la sampaikan cerita ni kat binatang-binatang laut lain dengan berita Nabi Adam A.S. Oleh sebab itulah Allah S.W.T menghilangkan lidah ikan-ikan itu.

Kisah ni diambil berdasarkan sabda Rasulullah S.A.W.

Sejahat-jahat manusia pada hari kiamat nanti adalah manusia yang bermuka dua. Barangsiapa yang bermuka dua di dunia sekarang, pada hari kiamat nanti dia akan mempunyai dua lidah dari api neraka jahanam.

SUMBER: Himpunan Kisah-kisah Teladan,NURULHAS.


Sesiapa nak rasa ada dua lidah dari api neraka mai pakat ramai-ramai jadi orang yang suka bermuka-muka. Orang sekarang (termasuk aku) , kite kena suruh sebab kalo cakap 'Jangan' yang 2 la yang nak dibuatnya..hehe apa pun same2 la kita renungkan.



p/s: Berhati-hatilah dengan orang yang suka bermuka-muka dan janganlah kamu jadi salah seorang daripada mereka.

Tidak akan masuk syurga orang yang suka mengheboh-hebohkan cerita.

Tuesday, December 07, 2010

Putera Dato' datang Melamar

Thrut..thrut.. Handfon aku bergetar. Sms dari mama tersayang rupenya.

Sms nya berbunyi cam gini,

" Sudikah tuan puteri menerima lamaran dari seorang putera"


Ceh… klakar plak mak aku ni. x penah berbasa-basi ayatnya. Nak tergelak plak aku rasa.. Sory. bukan nk,mmg aku tergelak pn time 2. Apa lagi layan je..


Aku: siapakah gerangan sang putera itu?

Ma: Putera itu dari jauh dan dia akan menuruti permintaan tuan puteri.


Aishh.. Memang aku akan melarat ni,

"baiklah..pastikan tuan putera itu menyediakan seperiuk darah nyamuk jenis B dan sediakan jambatan emas dari uitm ke rumah, senang ckit beta nak balik umah bila cuti sem".. Haha aku memang merapu..

Mak aku balas " tuan putera itu boleh mnyediakan apa je yang tuan puteri mintak. "


Tak senang duduk aku. Ape kes. Selang beberapa minit kemudian aku call mak aku tanye ape citer sebenarnya. Dengan penuh mendebarkan. Mak aku cakap ada orang nak masuk meminang. Sound like serious. Glupp~~ Terkedu. Terdiam. Terkentut. Eh?? Wah biar btol!! X percaya… pukul pipi pakai senduk. Owh…no way!!! Aku masih budak lol. X nk ngaku da boleh kawen da kalo ikotkan time 2 umo aku 19. Common la mama, saya masih muda..seyhhhh…


Siapakah? Seorang dato' katanya. Dato apekah? Datok bandar? Datok yang ada cucu ke dato ape ni. Apa yang mak aku tau putera itu adalah seorang dato'. Putera ke?? entah btol entah tidak. Umor die 30 an. Muka die aku pun xtau cam mana. Mak aku je tau. Malas nak tanye banyak. Banyak tanya kang nampak cam berminat plak kn.. Statusnya? Duda xda anak. Sudah cerai itu sama bininya. Tinggal kt KL. Datang dr jauh ke tempat aku semata-mata nak cari calon bini.


Ceritanya dato' ni adalah kawan kepada kawan mak aku. Kawan mak itu lah yang memperkenalkan dato' 2 kepada mak aku. Die cakap mak aku ada ramai anak dara. Dengan persetujuan mak aku, kasi tunjuk itu punyer gambar family la. Actually bukan gambo famili tapi gambar kami adik beradik 4 orang perempuan yang paling atas. Aku anak ke empat. Ada lagi adik perempuan tp kecik2 lagi. Bile die tgok pic kami berempat , jari dato' 2 laju mengarah gambar kakak no 2. Opss sory ini da jadi bini orang. Mak aku nak kasi kakak aku yang num 3 xboleh sebab die da ada buah hati. Mungkin mak aku mencadangkan kak long aku sebab die masih single time 2 tapi hape punyer dato' la. die cakap xnk… 'Saya nak yang tinggi'. Yes aku tau la kak long aku 2 walopun die 2 paling tua, tapi die adalah yang paling awet muda dan paling rendah antara kami. X nampak cam kak long. So???? Sape jd mangsa… Pening aku pikir kan nya… aku la mangsa yang x bersalah. dalam mase duk pk study tok final exam sambil2 terpaksa pk pasal dato' 2. Sgt rasa serba salah n tertekan. x mau. xmau. Xmau. Aku baru je membesar. Baru je tinggal men masak2, br sangat tinggal aktiviti men kawen2.. -_-


Yang menjadi kesungguhan dato' 2 adalah 3 kali datang bawak cincin nak masuk meminang untuk mendapat kata putus. Sekiranya keputusan yang aku buat 2 , diam tambah senyum2 malu. Itu tanda setuju. Maka tidak mungkin itu jawapan aku. Mase 2 aku bagi cadangan yang bernas " apa kata ma je la yang kawen dengan dato' 2" habes citer. Aku menolak dengan cara baik. Dengan matangnya aku cakap aku memang x bersedia untuk kawen. Nak kawen kena ada ilmu. Persiapan mental, fizikal, rohani, material 2 penting. Xgitu?? Aku rasa btol2 kebudak budakan lagi.(still x nk ngaku tua) Masak xtau menjahit x tau berdandan x tau. Ape kau tau ha??


Sampai sekarang kalo aku teringat balik dua taun punyer citer ni mesti aku akn cakap kat ma." Klakar la ada dato' nk masuk meminang"



p/s: sempat aku tanye kt ma aku" apa citer dato' skang"? terus mak aku "Da kau xnk die p cari anak dara len la.."


Sunday, December 05, 2010

Hukum Bersolek


Sekadar ilmu tambahan tok diri sendiri dan kalian semua. Apa yang boleh diperbaiki sama2 lah kita perbetolkannya. OK?


Apa hukum kalo aku nak guna 'inai segera' yang cepat jadi merah 2 la..yang diperbuat dari campuran inai dan bahan lain pada kuku? Adakah sah wuduk dan mandi wajib aku t sekiranya aku menggedix nak memakainya?

J: Hukumnya harus menggunakannya selagi bahan yang dicampurkan 2 bukan najis. so? sah la wuduk dan mandi wajib sebab inai 2 x menghalang air sampai ke kuku.

...................................................

Aku rasa nak guna pewarna rambut la tapi bukan inai. Boleh ke?

J: Hukumnya harus wanita menggunakan pewarna rambut yang suci selagi x menghalang air hingga sampai ke rambut dan sekiranya dilakukan untuk suami.
Harus diingat!! Haram menggunakan semata untuk kecantikan dan menunjuk-nunjuk kepada orang lain.

...................................................

Bolehkah? apa yang bole? aku rasa da rimas la rambut panjang ni.. Apa jadi kalo aku (wanita) memotong rambut?

J: Harus seorang wanita memotong rambut tetapi HARAM sekiranya dia memotong rambut yang menyebabkan menyerupai orang lelaki.

....................................................

Aku rasa nak buat rebonding la kt rambut aku yang kerinting macam maggi ni.. eh2 nak tukar la.. nak berambut lurus la plak. Boleh ke sesuka ati aku ?

J: Hukumnya HARAM sekiranya bukan untuk suami atau perbuatan itu mendatangkan mudarat.

.....................................................

Wah... macam banyak je bulu kaki n tangan aku ni kalah bulu kuceng ni. x cantik la kalo cam gini. Baik aku cukur pakai pisau cukur x pun nak mudah guna laser atau krim. Boleh ke?

J: Hukumnya HARAM. Menghilangkan bulu kaki dan tangan tidak termasuk dalam perkara yang disunatkan.

...................................................


Hukum wanita yang mencabut bulu kening sama ada semasa berandam sebelum majlis perkahwinan atau pada masa-masa lain?

J: Hukumnya haram.

Nabi Muhammad berkata, "Allah melaknat wanita yang mencabut bulu kening atau bulu muka atau meminta orang lain mencukur atau mencabut bulu kening, wanita yang mengasah gigi supaya kelihatan cantik. perbuatan itu telah mengubah ciptaan Allah."

(direkodkan oleh Bukhari, Muslim dan Abu Daud)

.....................................................

Kulit muka aku tidak berapa putih, rasa cam nak mencerahkan je kulit muka ni. Hah... Pakai la krim pemutih kulit. Apakak hukum perbuatan tersebut?

J: Hukum harus jika dilakukan untuk suami.

...................................................


Gigi aku ni mancung (jongang) plak. Boleh ke kalo nak pakai braces atau dawai penyokong gigi bagi membetulkan susunan gigi aku ni?

J: Hukumnya harus.

..................................................

Apakah hukum aku menggunakan rambut palsu yang diperbuat daripada bahan nilon atau menggunakan rambut sendiri yang dipotong dan dijadikan rambut palsu?

J: Memakai semua jenis rambut palsu adalah haram walaupun diperbuat daripada rambut sendiri.

...................................................


Aku perhati ramai kawan aku pakai contact lens sebab masalah rabun. Kalo aku nak pakai contact lens pelbagai warna boleh x?

J: Memakai contact lens adalah diharuskan bagi mengatasi masalah rabun. Walau bagaimanapun, sekiranya ia bertujuan kecantikan atau niat mengubah kejadian Allah, hukumnya haram.

...................................................


Jawapan yang diberikan adalah berdasarkan penulisan Zawiyah Hassan dan Rohayati Bakri dalam Buku berjudul 501 persoalan Fikah Wanita.


p/s: Berhati-hatilah dalam setiap pemakaian anda sama ada bersolek mahupun apa sahaja.

Biar kita melawan arus jangan pula melawan hukum.



Thursday, December 02, 2010

Konvo Beramai-ramai


- 25 NOVEMBER 2010 -

Ari untuk pengambilan jubah dan raptai pada petangnya.
Rindunya aku rasa kt Uitm Perak ni, pape pn sempat kita orang bergambar kenangan di depan bangunan utama fakulti seni bina, perancangan dan ukur.




- 27 NOVEMBER 2010 -

Ok tiba suda ari yang dinanti. Akhirnya dapat juga aku segulung sijil yang diidam-idamkan.

Kawan2 seperjuangan dalam jurusan diploma Perancangan Bandar dan Wilayah.
Tahniah kepada korang semua yang telah berjaya tamatkan pengajian.


Cam gini la keadaan dewan konvokesyen uitm ke-73 yang julung2 kalinya di buat di Perak.


Semua berdebar menanti nama dipanggil untuk naik ke pentas.


kami sebenarnya tggu giliran nak amek gambar studio. Sempat lagi bergambar padahal time ni nama da dipanggil...


ok...da sampai waktunya kami menghantar pulang topi dan jubah yang disewa..



p/s: satu part kitaorang miss time konvo ni, lupa nak baling topi bila da selesai dapat sijil... xpe2, konvo tok degree ada lagi..hehe

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...