Sunday, December 05, 2010

Hukum Bersolek


Sekadar ilmu tambahan tok diri sendiri dan kalian semua. Apa yang boleh diperbaiki sama2 lah kita perbetolkannya. OK?


Apa hukum kalo aku nak guna 'inai segera' yang cepat jadi merah 2 la..yang diperbuat dari campuran inai dan bahan lain pada kuku? Adakah sah wuduk dan mandi wajib aku t sekiranya aku menggedix nak memakainya?

J: Hukumnya harus menggunakannya selagi bahan yang dicampurkan 2 bukan najis. so? sah la wuduk dan mandi wajib sebab inai 2 x menghalang air sampai ke kuku.

...................................................

Aku rasa nak guna pewarna rambut la tapi bukan inai. Boleh ke?

J: Hukumnya harus wanita menggunakan pewarna rambut yang suci selagi x menghalang air hingga sampai ke rambut dan sekiranya dilakukan untuk suami.
Harus diingat!! Haram menggunakan semata untuk kecantikan dan menunjuk-nunjuk kepada orang lain.

...................................................

Bolehkah? apa yang bole? aku rasa da rimas la rambut panjang ni.. Apa jadi kalo aku (wanita) memotong rambut?

J: Harus seorang wanita memotong rambut tetapi HARAM sekiranya dia memotong rambut yang menyebabkan menyerupai orang lelaki.

....................................................

Aku rasa nak buat rebonding la kt rambut aku yang kerinting macam maggi ni.. eh2 nak tukar la.. nak berambut lurus la plak. Boleh ke sesuka ati aku ?

J: Hukumnya HARAM sekiranya bukan untuk suami atau perbuatan itu mendatangkan mudarat.

.....................................................

Wah... macam banyak je bulu kaki n tangan aku ni kalah bulu kuceng ni. x cantik la kalo cam gini. Baik aku cukur pakai pisau cukur x pun nak mudah guna laser atau krim. Boleh ke?

J: Hukumnya HARAM. Menghilangkan bulu kaki dan tangan tidak termasuk dalam perkara yang disunatkan.

...................................................


Hukum wanita yang mencabut bulu kening sama ada semasa berandam sebelum majlis perkahwinan atau pada masa-masa lain?

J: Hukumnya haram.

Nabi Muhammad berkata, "Allah melaknat wanita yang mencabut bulu kening atau bulu muka atau meminta orang lain mencukur atau mencabut bulu kening, wanita yang mengasah gigi supaya kelihatan cantik. perbuatan itu telah mengubah ciptaan Allah."

(direkodkan oleh Bukhari, Muslim dan Abu Daud)

.....................................................

Kulit muka aku tidak berapa putih, rasa cam nak mencerahkan je kulit muka ni. Hah... Pakai la krim pemutih kulit. Apakak hukum perbuatan tersebut?

J: Hukum harus jika dilakukan untuk suami.

...................................................


Gigi aku ni mancung (jongang) plak. Boleh ke kalo nak pakai braces atau dawai penyokong gigi bagi membetulkan susunan gigi aku ni?

J: Hukumnya harus.

..................................................

Apakah hukum aku menggunakan rambut palsu yang diperbuat daripada bahan nilon atau menggunakan rambut sendiri yang dipotong dan dijadikan rambut palsu?

J: Memakai semua jenis rambut palsu adalah haram walaupun diperbuat daripada rambut sendiri.

...................................................


Aku perhati ramai kawan aku pakai contact lens sebab masalah rabun. Kalo aku nak pakai contact lens pelbagai warna boleh x?

J: Memakai contact lens adalah diharuskan bagi mengatasi masalah rabun. Walau bagaimanapun, sekiranya ia bertujuan kecantikan atau niat mengubah kejadian Allah, hukumnya haram.

...................................................


Jawapan yang diberikan adalah berdasarkan penulisan Zawiyah Hassan dan Rohayati Bakri dalam Buku berjudul 501 persoalan Fikah Wanita.


p/s: Berhati-hatilah dalam setiap pemakaian anda sama ada bersolek mahupun apa sahaja.

Biar kita melawan arus jangan pula melawan hukum.



26 comments:

Anati Soki said...

nice entry! :)

misrerama said...

sy sgt degil lalu buat rebonding utk kesenangan menjaga rambut....sad..:(

sekamar rindu said...

salam..

untuk suami bersolek tak apa..tapi kini kurang..

tapi kalau nak pi kenduri kwin..lagi hebat bersolek..
:)

Unknown said...

abis kalau laki2 macam mane?

Unknown said...

nasib baik pompuan dilahirkan cantik kan?kalau tak mesti semua nak buat

Liquid said...

nice tips =)

nunama said...

tabarruj = berhias, sememangnya digemari oleh kaum wanita. hehe. cuma jgn berlebihan sahaja. :)
nice entry. hehe

KABAKOGA said...

solek kucing adek memang bes!

Mohd Hazwan said...

bagus tips ni...seswai utk para wanita yg suka bersolek

Un Phat Lee said...

fuhh.sungguh berinformasi.

::..dYa..:: said...

terima kasih untuk info ini
sama-sama membaiki diri ke arah lebih baik :)

amry said...

tak leh buat sesuka hati dan tanpa bersebab dan menukar fitrah...

ctpayong said...

wah hebat entry kamu ini...inilah baru dikatakan blogger pintar.

ikhlas :

kak ct

LiLy said...

kalo pakai contact lens utk rabun,tapi contact lens tu berwarna,yg tu cmne lak ek?

HaNa Hani said...

ooohhh...
thaks 4 the info dear
^_^

zanna said...

Salam...
alhamdullilah dapat mkanfaat bila membaca blog anda teruskan moga kita dapat berkongsi apa yang patut dikongsi

nabilah_2908 said...

pegisian yg sngt baik sekali..terima kasih sudi berkongsi.. :)

jom ke APA KATA HATI pulak,
AKU TAK BODOH

Ain Atika Zailani said...

baru i tau..thanks ye share ilmu..=)

Anonymous said...

entry yg bgus. ramai y xtahu, dan xkurang yg tahu tp xambil peduli~

ILA HonEyBuNNy said...

terima ksih atas entry neh......like byk2....sama2 beringat...

sekamar rindu said...

salam....

selamat menyambut maal hijrah...1432H..
moga kita dirahmati Allah swt selalu hendakNya..

Nik said...

nice entry..saling mengingati kan :)

Redbloodsnow said...

eee..nice entry nih! ailike!

Unknown said...

ferry: setakat ni xda jumpe hukum bersolek tok lelaki.kalo ad t kite share.

lily: contact lens berwrna bleh digunakan tetapi bergantung la seandainya niat untuk kecantikan hukumnya haram.-berdasarkan pembacaan dan rujukan sekiranya ada kesilapan sila betolkan.

LiLy said...

tp kn..rsnye most people pakai lens berwarna coz nk bg nmpk cntik..so hukumnya haram la kn?

Cetul^ La La said...

suka entri ni :)
thanks

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...