Monday, April 18, 2011

Tak Tahan Kentut


Assalamualaikum..w.b.t.

Si I: Kau kentut ek???" (sambil merenung tajam si tukang kentut)
Si U: Mana ada.. sape la yang kentut ni kan (cover- keadaan mata buat2 cari sape yang kentut)

Penah tak situasi di atas terjadi pada korang? Sama ada korang Si I atau pun Si U. mana-mana la. ada kan.. Jangan nak tipu la kata tak. Buat pe nak malu semua orang pun kentut. Walaupun ratu cantik sekali pun kentut jugak, nak2 kentut yang ada irama lagi. Tapi kalo korang tak kentut atau berulang kali sangat kentut 2 pentanda mungkin ada masalah kesihatan.

Ok. Walaupun kentut 2 tak salah, jangan la plak dalam majlis pun korang tanpa segan silu malah bangga lagi melepaskan dentuman boom. Jangan... memalukan diri sendiri nanti. Kalo nak nampak beradab lagi, keluar la dari orang ramai. Tapi menjadi masalah juga, macam mana kalo kentut 2 da terlepas x sempat nak lari? Hah.. yang 2 aku tak tahu. Tanggung la sendiri..hehe

Kentut merupakan sebahagian lebihan gas dalam perut atau usus. Bagaimana cara korang kentut bergantung pada makanan apa yang korang makan. Contoh makanan berangin seperti kacang. Telur? aku x rasa telur makanan berangin tapi kalau kentut ni kaw punyee bess bau die ni, nak2 melepas dalam sungai ni maunya mati ikan.

Sebenarnya, kentut juga menjadi masalah apabila mengganggu solat kita. Betol x? Baru je nak solat, da terkentut. x pasai2 kena p amek air sembahyang balik. Sekadar ingin berkongsi kepada sesiapa yang ada masalah kentut. Mai mai sini, mai dekat, ada barang baik punyer.


Doa Tahan Kentut

u'iizuhu bilwaahidi ssamadi min sharri kulli zii hasadin walaahaula walaquwwatu illaabillahil 'aliyyil 'azhiim

"Aku berlindungkan akan dia dengan Allah yang maha esa daripada kejahatan tiap-tiap sesuatu yang hasad"

Senang je cara nak amalkannya:

1.Baca doa ni selepas ambil wudhu'.
2.Berdiri dengan meletakkan kedua belah tapak tangan di perut (di ari2).
3.Baca doa sambil tapak tangan disapu ke atas (Ulang 3 kali doa itu).
4.Letak sebelah tapak tangan di punggung (tulang salbi/tongking) di tepuk dan baca doa sekali sahaja.
5.pohon la doa: "Ya Allah mudah-mudahan wudhu' ku tidak terbatal sehingga selesai sembahyang".

Sumber: Ustazah Kalthom Dato' Hisham - Pakar Rujuk TH

Doa ni aku amek kat dalam surau buatan kami dalam studio. Member aku, Ashikin yang tampalkan kat partition ruangan solat itu. Bagos la ada kepentingan bersama.


p/s: Kentut ni bagus dapat membuang angin lebihan dalam perut. Kesimpulannya, 'Jangan malu nak kentut, tak mati pun' heeee

Sunday, April 17, 2011

Model Kami


Assalamualaikum...w.b.t.

Dua minggu lepas adalah ari critical busy bagi semua pelajar UiTM x kira la course ape sekali pun. time 2 la nak siapkan assignment, time 2 la nak test, time 2 la nak buat report time 2 la nak presentation.. busy...busy.. kalah perdana menteri.

Ok. nak citer ckit pasal assignment.
Ini adalah hasil kerja kami yang buat last2 minute.. Apa macam. Ok x?
Mestila x bape ok... banyak yang x complete.


Tapak kajian kami di Kuala Lumpur dengan tema KL Oasis.

dan concept group kami adalah Green City.
Banyak menggunakan element of green technology.
Tapi aku rasa banyak lagi pokok yang perlu ditambah.


Aku bersama ahli kumpulan dan model.

Kami sepatutnya present group pertama tp sebab aku tertinggal pendrive terpaksa bagi group lain dulu present.
Masa 2, ahli group aku yang lain da saling berpandangan macam nak telan aku je..haha
yela...da dia orang berpenat-penat buat slide nak present, bleh plak aku ngan selambanya tertinggal pendrive..da ada penyakit nyanyok ke apa aku ni..hehe

xpe... dengan stamina yang ada.. aku apa lagi laju2 balik kolej p amek pendrive.
Hasil kesungguhan aku, kami sekumpulan tidak dipotong markah..
malahan dipuji lagi...wahaha (dengan nada riak)..ish2 terok punyer perangai..


Antara group yang hanya dua orang ahli sahaja, Affi n Dila.


Ni kumpulan Ikano

Kami bersama lecturer Urban Design yang d best, Tuan Syed Mohd Hassan.


p/s: gara-gara nak siapkan model ni,

aku tertido dalam keadaan duduk n menganga. (ngantok tahap cipan wei)

ish terok seyhhh...hahaha


Saturday, April 16, 2011

Aku sudah jatuh hati


Assalamualaikum...w.b.t.

"comelnya ko keta"
Keta volswagen bettle a.k.a keta katak.

Ini lah keta katak yang pertama aku amek gambar.. masa ni aku buat kajian tapak kat cameron highland semasa belajar diploma dulu. Da lama da tahun 2008. Lecturer suh amek gambar sekitar tapak kajian. klik sana klik sini las2 ada keta ni park elok je kt tepi jalan.. ter-shoot skali.

Bermula dari situ lah... terciptalah satu hobi baru dalam hidup aku..
Aku akan amek gambar keta katak ni x kira di mana sahaja aku berada.

Memang nampak xde kerja.
Tapi benda 2 aku suka dan buat aku rasa puas..haha


Kalo ikotkan belambak je gambar keta ni cari kat google.
tapi itulah kelainannya kalo tangan ini sendiri yang menangkapnya.
(bunyi cam nak tangkap ape ntah)
Ada risikonya. Kena tahan malu la..
Kalo keta 2 parking kawasan orang ramai.. buat dek je la...
Sekali owner keta kat belakang.. cari pasai aku..

eh2.. ni bukan keta katak.. tapi still nampak retro..
masa ni aku buat kajian tapak kat pulau pinang.. ada pameran ape ntah time 2.




Dan ini lah keta pertama dalam Uitm Shah Alam yang telah menjadi mangsa tangkapan aku.
Sori la pada owner.

Memang aku betol2 jatuh hati kat kau keta
tambah2 ada versi volkswagen bettle yang lagi moden ni..
comeynya....



Tetiba aku terpikir..
Nanti aku kahwin nak buat cam kat bawah ni la...
mesti bajet banyak ni...
harapan la... 2 pun kalo ada putera dato' masuk meminang lagi..Errrr


p/s: excited punyer pasal tengok keta ni..

aku da pecahkan duit tabung, kira punya kira nak beli nasi jap lg cukup la...hee


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...