Saturday, March 27, 2010

1: Dialog cinta..

Bacalah dengan hati yang terbuka…

Hayati, fahami..renung-renungkan…



Kami tidak berzina!

Maaf saya tidak menuduh awak berzina, tetapi awak menghampiri zina.



Kami hanya berbual-bual, berbincang..bertanya khabar, minum-minum di kafe.

Adakah itu menghampiri zina?

Ya….perbuatan itu menjerumus pelakunya ke lembah penzinaan.



Kami dapat mengawal perasaan dan kami tidak berniat ke arah itu.

Hari ini ya. Esok mungkin kamu kecundang. Iblis akan memerangkap kamu. Iblas amat berpengalaman dan tipu dayanya amat halus. Ia telah menipu moyang kita yang pertama, Adam dan Hawa. Iblis amat licik. Ingat pesanan Rasulullah: janganlah kita bersendirian dengan seorang wanita kecuali yang ketiganya, syaitan (Tabrani). Kita lemah menghadapi tipu daya iblis.



Tidak semestinya semua orang bercinta menjerumus kepada penzinaan. Ada yang bercinta dalam telefon dan hantar sms saja. Tidak pernah bersua muka pon!

Betul. Tapi itu dimaksudkan dengan menghampiri zina. Memang pada awalnya tidak bersua muka. Tapi perasaan pasti bergelora. Lambat laun desakan nafsu dan perasaan serta hasutan iblis akan mengheret kepada sesuatu pertemuan. Pertemuan pertama tidak akan berhenti di situ sahaja. Percayalah ia akan berlanjutan. Tidakkah itu akan membawa kepada penzinaan akhirnya???




Takkan nak berbual-bual pon tak boleh? Itu pun zina ke??

Zina ada bermacam-macam peringkat.

  • Ada zina betul,
  • ada zina tangan iaitu berpegang-pegangan tangan,
  • ada zina mata iaitu melihat kekasih dengan mata berahi,
  • Zina hati iaitu khayalan berahi dengan kekasih,
  • zina kaki pula menuju ke tempat pertemuan,
  • mulut juga berzina dan zinanya adalah adalah ciuman.

Sebenarnya jalan menuju penzinaan amat banyak. Jangan biarkan kita melalui mana-mana jalan penzinaan.

Wednesday, March 17, 2010

JOM HAPUSKAN DOSA!!!

(1) Wuduk
- Kalo korang ada dosa2 kecil 2 bleh la dihapuskan dengan mengambil wuduk… wuduk pn kna la amek ngan proper ckit, ni cincai2 je…. Sia-sia je nanti… senangkan… rajen2 la berwuduk ek…

(2) Azan
- Bila korang sudah dengar azan pastu korang baca je doa lepas azan dapat hapuskan keburukan yang korang telah lakukan.

‘Asyahadu an la ilaaha illallah wahdahu la syrikalalahu wa anna Muhammadan ‘abduhu wan rasulan wa bil Islami dinan'

(3) Berjalan ke masjid (tempat solat)
- Sape2 da berwuduk kat umah 2 pastu berjalan ke masjid untuk tunaikan kewajipan kepada Allah S.W.T, setiap langkahnya akan dihapuskan dosanya dan langkah yang lain akan diangkat martabatnya..

(4) solat 5 waktu
- Pentingnya kita menunaikan solat 5 waktu ini, bukan susah pun… tapi kan yang sedikit ni la kita rasa malas dan tidak mempu mengerjakannya… x elok la macam ni.. Kita WAJIB melakukannya, kerana akan menghapuskan segala kesalahan dan dosa kita.

(5) solat jumaat
- Bertuah kan budak2 laki ni.. Solat jumaat je dapat hapuskan dosa.

Rasullullah SAW bersabda: "Barangsiapa berwuduk dengan sempurna, kemudian mendirikan solat Jumaat dan dia mendengar khutbah dengan tekun, maka terampuni dosanya antara hari itu dengan Jumaat berikutnya dan ditambahkan tiga hari. Barang siapa yang melengah-lengahkannya, maka tiadalah pahalanya." (Riwayat Muslim)

(6) membaca amin
- Ini lagi senang.. Jika imam membaca amin, kita pun bacalah amin. Sebabnya orang yang membaca amin bersama aminnya malaikat, akan diampunkan dosa korang yang silam.(Riwayat Al Bukhari)

(7) bangun dari rukuk (iktidal)
- Rasulullah SAW bersabda : "Jika imam mengucapkan: "Sami' allahu liman hamidah’, maka berkatalah: "Allahumma rabbana lakal hamd’. Sebab, siapa yang ucapannya bertepatan dengan ucapan malaikat, maka dia di ampuni dosanya yang telah lalu." (Riwayat Bukahri)

(8) qiamullai
- Sangat bertuah la sape2 penah buat Qiamullai, dalam arus kemodenan ni berapa kerat je yang melakukannya. Betapa ruginya mereka yang tidak sedar akan keuntungan buat Qiamullai. Dekat pada Allah S.W.T+penanggal dosa+hapus keburukan+sembuh penyakit.

(9) solat taubat
- Sape2 pernah melakukan perbuatan keji atau menganiayai dirinya. Ak bagi contoh la.. Sape2 je yang pernah melakukan maksiat atau menghapiri zina pastu dia ingat kt Allah dan meminta ampun kepadaNya dengan melakukan solat taubat, sudah pasti akan diampuni dosanya…jiwa kita pn akan merasa lebih tenang..try la.. Bukan try… kena buat la….huhuhu

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...