Saturday, March 27, 2010

1: Dialog cinta..

Bacalah dengan hati yang terbuka…

Hayati, fahami..renung-renungkan…



Kami tidak berzina!

Maaf saya tidak menuduh awak berzina, tetapi awak menghampiri zina.



Kami hanya berbual-bual, berbincang..bertanya khabar, minum-minum di kafe.

Adakah itu menghampiri zina?

Ya….perbuatan itu menjerumus pelakunya ke lembah penzinaan.



Kami dapat mengawal perasaan dan kami tidak berniat ke arah itu.

Hari ini ya. Esok mungkin kamu kecundang. Iblis akan memerangkap kamu. Iblas amat berpengalaman dan tipu dayanya amat halus. Ia telah menipu moyang kita yang pertama, Adam dan Hawa. Iblis amat licik. Ingat pesanan Rasulullah: janganlah kita bersendirian dengan seorang wanita kecuali yang ketiganya, syaitan (Tabrani). Kita lemah menghadapi tipu daya iblis.



Tidak semestinya semua orang bercinta menjerumus kepada penzinaan. Ada yang bercinta dalam telefon dan hantar sms saja. Tidak pernah bersua muka pon!

Betul. Tapi itu dimaksudkan dengan menghampiri zina. Memang pada awalnya tidak bersua muka. Tapi perasaan pasti bergelora. Lambat laun desakan nafsu dan perasaan serta hasutan iblis akan mengheret kepada sesuatu pertemuan. Pertemuan pertama tidak akan berhenti di situ sahaja. Percayalah ia akan berlanjutan. Tidakkah itu akan membawa kepada penzinaan akhirnya???




Takkan nak berbual-bual pon tak boleh? Itu pun zina ke??

Zina ada bermacam-macam peringkat.

  • Ada zina betul,
  • ada zina tangan iaitu berpegang-pegangan tangan,
  • ada zina mata iaitu melihat kekasih dengan mata berahi,
  • Zina hati iaitu khayalan berahi dengan kekasih,
  • zina kaki pula menuju ke tempat pertemuan,
  • mulut juga berzina dan zinanya adalah adalah ciuman.

Sebenarnya jalan menuju penzinaan amat banyak. Jangan biarkan kita melalui mana-mana jalan penzinaan.

2 comments:

misrerama said...

hehehe..btol jugak apa yg ditulis...bila dok jaoh rsa cam beriman jer..tp bila dh dkt agak bykl gangguan dr syaitan lah..huhuhuhu

Unknown said...

hehe...urm syaitan?? di mana-mana je...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...