Saturday, October 30, 2010

~ Lompat ~

Lompat si katak lompat... Lompat la tinggi-tinggi...
Cepat la adik cepat... Cepat la bangun pagi...

Pagi ini terasa sungguh indah.. walaupun mentari kuar lambat dek kerana hujan yang renyai-renyai buat aku rasa wah besnya dapat melompat. Tapi sedarkah aku di mana aku sedang melompat? ya.. di bumi milik Allah S.W.T. (terasa malu bila melompat di tempat bukan milik aku)

Dalam keseronokkan melompat kita tidak sedar entah-entah kita telah menyakiti perut bumi. Bila melompat sudah pastinya kita akan kumpul sedikit tenaga untuk mengangkat badan di atas angin tanpa berpijak di bumi dan akhirnya jatuh kembali disebabkan adanya tarikan graviti dengan hentakan kaki ke perut bumi.
Mana la nak tahu kan tetiba bumi tu bercakap"wei bleh duk diam-diam x, terlompat-lompat, terkinja-kinja, tergedik-gedik"

(sayangi lah bumi kita)



Tuhan telah memberi macam-macam nikmat kepada kita. Nikmat tubuh badan yang sihat. Bila badan kita sihat sudah pasti aku dapat melompat girang. Tapi aku x pandai bersyukur.

Aku ni suka melompat. lompat sana lompat sini. Main futsal main bola jaring, macam2 lagi la yang erti kata memang kena lompat. Lompat punya lompat, lompat x ingat dunia.. cam gelanggang 2 milik aku je... telah ditakdirkan kaki 2 nak terpeleok(bahasa apa ni) time aku main.. wah sakitnya memang bes terasa.

Bila tuhan kata dia nak tarik sikit je nikmat 2 dari kita. Dia akan lakukan. Sekejap je. Sekarang Tuhan telah menarik nikmat aku untuk melompat dengan lebih baik. Tapi semua 2 sebab aku sendiri yang cari penyakit. Kesannya aku x boleh main bola lagi.

Dokter kata "tisu telah koyak dibahagian lutut kamu".
Pembantu dokter plak cakap "kamu bleh sembuh tapi kebarangkalian untuk kamu injure kali kedua dan seterusnya akan berlaku".
Tukang urut: bagos jugak kamu seliuh. Ada jgk org yang nk datang mngurut ngan mak cik. (Aik! btol ke mak cik 2 cakap cam ni)

Pembetolan: "kaki adik ni da banyak masuk angin sebab 2 bengkak , da seminggu seliuh baru nk nk mengurut, sakit la sikit ya dik" (sambil urut kakiku) huhu thanks mak cik.

Sekarang bukan sahaja x leh nk lompat tapi berjalan pun nampak cam pelik. Semua 2 dugaan tuhan bagi nak suruh kita sentiasa ingat padaNya.



Bersyukurlah dengan setiap nikmat yang telah diberikan. Itu baru sedikit Tuhan nk tarik. Kalo la Tuhan kasi kita lumpuh macam mana? Gunakanlah nikmat sihat x kira la semasa boleh melompat, berjalan, berlari ni ke jalan untuk kita melakukan ibadah kepaNya. Bila da sakit nak pegi masjid pun susah. Macam-macam la keluhan akan keluar. Masa muda ni la waktu nya untuk kita melompat bersungguh-bersungguh melakukan ibadah kepadaNya. Wassalam....


Tuesday, October 19, 2010

6: Dialog Cinta

Bacalah dengan hati yang terbuka…

Hayati, fahami..renung-renungkan…


Masihkah ada orang tidak bercinta di zaman ini??

Ya, masih ada orang suci dalam debu. Golongan ini akan sentiasa ada walaupun jumlahnya kecil. Mereka akan bertemu suatu hari nanti. Mereka ada pasangannya.


Firman Allah: dan orang lelaki yang memelihara kehormatannya (yang memelihara diri dari melakukan penzinaan) Allah telah menyediakan bagi mereka segala keampunan dan pahala yang besar. (surah Al-Ahzab:35)


Bagaimana kami???

Kamu masih ada peluang. Bertaubatlah dengan taubat nasuha. Berdoalah serta mohon keampunan dariNya. Mohonlah petunjuk dan kekuatan untuk mendapat redhaNya.


Kami ingin mendapat redha Tuhan. Tunjukkan bagaimana taubat nasuha.

Taubat yang murni. Taubat yang sebenar-benarnya. Taubat yang memenuhi 3 syarat:


  • Tinggalkan perbuatan maksiat, putuskan hubungan cinta yang tidak diredhai Allah ini
  • Menyesal, mengisafi diri di atas tindak tanduk yang menjurus ke arah percintaan.
  • Berazam, bertekad dalam hati tidak akan bercinta lagi dengan sesiapa kecuali yang bernama isteri atau suami. Saatnya adalah setelah ijab kabul.

Ingatlah semakin bebas pergaulan semasa sebelum kahwin, semakin hambar dan kurang rasa cinta setelah menjadi suami isteri.


"Ya Allah, hambamu ini tersesat jalan. Ampunilah dosa-dosa hambamu ini.

Sesungguhnya Engkau maha pengampun dan penerima taubat.

Berilah kekuatan kepadaku untuk menghadapi godaan keremajaan ini.

Anugerahkan kepadaku perasaan benci kepada maksiat. Hiasilah diriku dengan akhlak mulia.

Ibu dan ayah, anakmu berdosa. Engkau jaga diriku sedari dari kecil dengan kasih sayang.

Mengapa kucurahkan kasih itu kepada orang lain.

Oh Tuhan, hambamu ini berdosa.. Amin yarabbal alamin"…


Moga Allah terima taubatmu. Kita berpisah kerana Allah.

Kalu ada jodoh tidak ke mana! Ya Allah bantulah mereka.

Kini mereka datang ke pintuMu mencari redhamu. Terimalah taubat mereka.

Sunday, October 10, 2010

Berusahalah dengan Bersungguh-sungguh


Dari pagi sampai petang
dari petang sampai malam
dari malam sampai pagi
duduk atas kerusi
bagi kejang montot
bagi tersimpul senyum urat saraf punggong
duk mengadap screen laptop 24 jam
struggle (tipu d sini) pulun wat layout plan
tido pun depan laptop
makan pun depan laptop
kencing berak aku tau la p jamban.

Sue (bukan nama sebenar) nama glamour - Illa
a.k.a rumet aku telah masak maggi untuk aku
(masak ala chef: rendam maggi lam air panas watercooler)
mungkin kesian tgok aku da macam 30 ari mencari waktu makan.
Bermulanya....

Sue: zana, aku buatkan maggi tok ang ek?
Aku: xyah la...aku buat sendiri t

15 minit kemudian...

Sue: nah, makan.. ang x makan sat g aku peluku pala ang (nada guarau2 ja)
Aku: sape suh ko buat, susah2 je aku kena makan
time kaseh..

Aku tgok je maggi 2, sambung buat layout plan lam autocad

5 minit kemudian...

Aku: mana sudu ni... wei aku makan pakai mulut je la..
sambil tunjuk gaya mulut masuk lam mangkuk maggi
(eksen ja - maggi panas 2)

Sue: elok sangt la 2 (sambil hulurkan sudu)
Aku: ye la aku kena practise wat cam gini,
jap g bibir aku jadi cam Angelina Jolie
seksi..

Sue: eleh, aku x yah wat cam 2 bibir aku memang da cam Angelina Jolie
Aku: a'a la su.. memang!!
(buat muka cam x percaya angelina jolie datang melawat bilik aku)

tiba2...

Aisyah: urm... kn jap lagi bukan jadi angelina jolie, angelina juling kang..

....................................................................

ape motif aku citer ni???
(nanti aku tanya detective conan)

apa kaitan ngan tajuk entri??
(kaitan nya bila aku mengantuk banyak perkara pelik akan diusahakan)

perkara pelik? berkait ke?
(ko ni nape? nak gadoh ke? tanya soklan susah2
cam nak jawab exam spm plak)

..........................................
kesimpulannya: jgn la jadi seperti ini
bercakap sorang diri.




Kata Che Piah belah mak aku:
: janganlah buat kerja las2 minute, nanti cam gni jadinya, x tentu arah.
: bila berkawan terapkan sikap saling tulun menolong.
: hidup lebih ceria bila ada yang bergurau senda.



Wednesday, October 06, 2010

BEL oh BEL 2

Topic: Sleep Disorders
Slide: 6-8
Time: 8-10 minutes
Ni adalah presentation kedua dan terakhir untuk course BEL.
Lepas aku present. bla...bla...bla... alhamdulillah cukup 9 minit.
Entah apa aku persembahkan pom aku tak pasti. hakhak janji da selesai.
Sir Darmarajah pom x komen pape.
(kebarangkaliannya ada dua samada dia x paham aku cakap atau dia terpegun tgok aku..hihi)






Sumber: semua maklumat aku tanya sama Pak Cik Google...
bagos la... apa aku tanya semua die bagitau.
(entah2 die tipu aku)

Next week result tok presentation skill akan kuar..
(kira2 nk lulus 2 dapat kot)
..........(",).........


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...