Siapa yang tidak suka dipuji? Bukan wanita sahaja yang suka dipuji tetapi lelaki, kanak-kanak, orang tua dan juga orang muda.
Namun hati2 kerana pujian itu ada bahayanya yang tersendiri. Kata imam ghazali, terdapat 6 bahaya pujian, 4 pada orang yang memuji dan 2 pada orang yang dipuji.
Bahaya pada orang yang memuji
- Kemungkinan pujian melampau yang akhirnya akan menjadi pendustaan.
- Kemungkinan menyebabkan hati dimasuki sifat menunjuk, memuji sekadar menunjukkan bahawa dia akrab tetapi yg berlaku adalah sebaliknya yang akhirnya akan menjadi munafik.
- Kadang kala mereka mengucapkan sesuatu yang tidak diketahui benar atau tidak yang mungkin perkara itu tidak diselidikinya langsung
- Dibimbangi pujian itu akan menyebabkan orang yang dipuji terus leka dan tidak menyedari kelemahan diri sendiri seolah-olah org yang mmuji itu merelakan sesuatu yang buruk terus berlaku.
Bahaya pada orang yang dipuji
- Orang yang dipuji kan terus bongkak dan banga dengan diri sendiri.
- Orang yang dipuji akan terus leka dengan pjian lantas mengurangkan ushanya untuk membaiki kelemahannya.
Akhir kata berhati-hati dengan pujian, berikan pujian dengan ikhlas dan kerana Allah S.W.T.
Tinta Jumaat (MPP Uitm Perak 07/08)
2 comments:
kan dh cakap...jgn memuji sgt...heheh..tp kalo aku puji ko cantek tu mmg btol la...hehehhe.. :)
aish.. jgn duk puji aku... kan terus leka dengan pujian lantas lupa diri..hahaha nauzubillah...
Post a Comment