Bacalah dengan hati yang terbuka…
Hayati, fahami..renung-renungkan…
Cinta selepas berkahwin banyak masalah. Kita tak kenal pasangan kita secara dekat. Bercinta adalah untuk mengenal hati budi pasangan sebelum membuat keputusan berkahwin.
Bolehkah percaya dengan perwatakan semasa bercinta? Bercinta penuh lakonan dan kepura-puraan. Masing-masing berlakon dengan perwatakan terbaik. Penyayang, pemurah, penyabar dan pelbagai lagi. Masa bercinta, merajuk ada yang pujuk. Jangan harap selepas berrkahwin, bila merajuk akan ada yang pujuk. Banyak orang tertipu dan kecewa dengan keperibadian orang semasa bercinta, perangai pasangan jauh berbeza. Macam langit dan bumi. Masa bercinta, dia seorang yang penyayang, penyabar…sanggup tunggu pasangan berjam-jam. Tapi bila dah kahwin, lewat lima minit dah kena tengking. Jadi perwatakan semasa bercinta tidak boleh dipercayai. Percintaan adalah suatu kepuraan atau hipokrit.
Percayalah kami bercinta untuk merancang kebahagiaan hidup nanti.
Bagaimana diharap kebahagiaan jika tidak mendapat keredhaan Allah? Kebahagiaan hanya kepada hamba-hambanya yang terpilih. Kebahagiaan bukan ciptaan manusia. Manusia hanya merancang kebahagiaan. Allah yang menganugerahkannya. Bagaimana mendapat kebahagiaan , jika jalan mendapat kebahagiaan tidak diredhai Allah. Kebahagiaan hidup berumahtangga mestilah melalui proses yang betul. Sudah tentu prosesnya bukannya sebegini. Allah tidak meredhai percintaan ini. Cinta yang diredhai Allah adalah cinta selepas kahwin. Bagaimana untuk mendapat keluarga bahagia jika langkah mula pun sudah canggung, bagaimanakah kesudahannya??
Tanya sikit….. Adik angkat, abang angkat, kakak angkat, boleh ke?? Ganti bercinta
Semua itu adalah perangkap iblis dan syaitan. Hakikatnya adalah sama. Cinta yang diberi nafas baru. Kulitnya nampak berlainan, tetapi isinya tetap sama. Adik angkat, abang angkat, kakak angkat, adalah satu tipu daya syaitan. Manusia yang terlibat dengan budaya angkat ini sebenarnya telah masuk ke dalam perangkap syaitan. Cuma menunggu masa dikorbankan. Namakan apa saja sekalipun, abang angkat ke, motivator ke, semua adalah sama. Jalan akhirnya tetap akan bertemu zina.
Adakah orang bercinta hilang maruah?
Antara kemuliaan manusia adalah maruah dirinya. Orang yang bercinta seolah-olah cuba menggadaikan maruahnya kerana mereka menghampiri penzinaan. Manakala orang yang bercinta dan pernah berzina tidak layak berkahwin dengan kecuali dengan orang yang pernah berzina. Allah berfirman: lelaki berzina (lazimnya) tidak ingin berkahwin melainkan dengan perempuan yang berzina atau perempuan musyrik; dan perempuan berzina pula tidak ingin berkahwin kecuali dengan lelaki yang berzina atau lelaki musyrik. Dan perkahwinan demikian terlarang kepada orang-orang yang beriman. (surah An-Nur:3). Jadi, orang yang pernah bercinta tidak sesuai berkahwin dengan orang yang tidak pernah bercinta.
No comments:
Post a Comment