Friday, March 18, 2011

Pasti Tiba Saat Itu

Assalamualaikum...w.b.t.

Dalam ketiadaan masa nak meng-update blog, terasa jari jemari yang halus ini tergerak untuk menekan butang-butang huruf di keybord yang tersedia tersusun rapi sejak penciptaannya. Setiap barisan ayat yang berlegar-legar di ruangan kotak fikiran ingin segera diukirkan di dalam laman sesawang yang jarang-jarang dijenguk oleh tuan empunya badan.

Waduh2 berbasa basi, berbunga bungi kedengarannya. x kisah la..

Korang semua tengah buat ape sekarang?
Aku teka... Mungkin ber-chatting? ber-facebooking? berbelog? Bergelak ketawa? Bersuka ria? dan semua lah yang ber...ber.. jangan kata beranak sudah..
Seronoknya dapat menghabiskan tiap detik masa dengan perkara-perkara itu. Sedar x masa makin terbuang. Oh my God. terkena batang idung sendiri. Terlalu ghairah sampai kita terlupa sesuatu. Sesuatu yang pasti tiba. Bila? Mungkin tahun depan, mungkin bulan depan, mungkin minggu depan. Semua ada depan kan.. Tukar2.. Mungkin bulan ni, mungkin minggu ni, atau mungkin hari ini? Aish... suspen x?? OK x.... -_-

Korang x tahu ke? atau tiada siapa pun yang bagitahu korang?
Ala... Jangan risau la semua akan merasa. Tiada siapa pun yang akan terkecuali dan tiada siapa yang dapat hindari..

Jangan lupa! mungkin sekejap lagi akan tiba saat itu. Siapa yang tahu.

Saat ape ni????





Saat
Kematian
Mu



"Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Dan sesungguhnya pada hari kiamat sajalah disempurnakan pahalamu. Barangsiapa dijauhkan dari Neraka dan dimasukkan ke dalam syurga maka sungguh ia telah beruntung. Kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan." - Ali 'Imran ayat 185



Azana:

:Jangan ghairah dengan kehidupan dunia sampai lupakan kematian yang akan menjelma.
:Ingat la. Sesuatu yang paling dekat dengan kita adalah Kematian.

Aku tersedar, terkesima mendapat berita kematian seorang jiran terdekat. Sedekahkan Al Fatihah buat beliau. Semoga beliau ditempatkan bersama dengan orang-orang yang beriman. Amin.



13 comments:

Fairus Bin Mamat said...

MATI ITU PASTI. KITA MASIH LAGI LEKA / ALPA..

Betta sp said...

betol2...kita smua pasti xmenduga sesuatu akn berlaku, samada atas diri kita mahupun org lain. samala mcm kat jpun, xsiapa pon menduga mende tue nak jadi

misrerama said...

ingat sakit ingat mati ingatla saat kau sulit ingat2 itu cuma satu kali.......berapa dosa kau buat berapa kali maksiat..ingt2 sobat ingtla akhirat..... al-fatihah utk jiran ko...amin......semoga roh dicucuri rahmat... :)

amry said...

al-fatihah tuk jiran ko.
sememangnya kita mudah alpa dengan duniawi sehingga lupa akan hari kematian kita.
peringatan untuk aku.thanx zana.

p/s : aku dah tahu kenapa aku tak leh direct g blog ko bila aku klik nama ko kat kotak komen aku.

ko masuk dashboard, klik edit profile, pas tu tick kat kotak share my profile.kalau ko tak tick kotak tu, orang tak boleh direct ke profile ko n tak leh pegi ker blog ko.

kaizen said...

thanx 4 this entry...moge mendapat pahala berterusan dgn setiap pembacaan dr org ramai....

*thanx sudi follow blog x seberape...

Anati Soki said...

al fatihah...
mati itu sentiasa menunggu.. sama2 amek ikitbar agar tidak terlalu leka dengan duniawi.. aminn

azana said...

Fairus Bin Mamat,
Betta sp,
misrerama,
amry,
kaizen,
Anati Soki,

sama-samalah kite saling mengingat..:)

padlie said...

Gunakan masa yg ada sebaiknye.. Kejar dunia, kejar akhirat..

dua minggu lepas saya balik kampung.. dalam masa seminggu tu, tiga orang saudara saya meninggal. Ada yang sakit lama dan ada yang mengejut..

Jalan-jalan ke Pusat Sains Negara

Seri said...

ingat mengingatkan kita sesama manusia

azana said...

Padlie: kematian itu adalah ketentuan yg telah ditetapkan ilahi..

setiap yang ditetapkan itu ada hikmahnya...:)

Seri:yup..tolong ingat aku...

MSOM said...

Blog Azana ni mempunyai pakej yg lengkap, kalau rajin tulis entri boleh jadi blogger terkenal macam CIK EPAL dan REEDMUMMY...teruskan berblog dan berdakwah secara santai.

mohd mustaqim said...

sgt2 menarik2 sye ska bcanya...
truskn yg tebaik untuk yg lbh baik dr yg trbaik...

azana said...

MSOM:thanks.... tp belog saye biase2 je...blog sebagai satu perkongsian bersama.

mohd mustaqim:ten q...u 2...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...