Thursday, May 26, 2011

Aku seorang Mak Cik


Assalamualaikum..w.b.t

Semalam baru je berlalu dan hari ini juga hampir separuh hari dilalui. Perjalanan semalam membangkitkan perasaan rindu pada Perak. Suasana yang sukar digambarkan. Belajar di perak pada setahun yang sudah berlalu menjadi kebiasaan kepada aku menjadi penumpang setia bas untuk ke Perak.

Tapi berlainan untuk kali ini kerana perjalanan aku tidak lagi ke Perak tetapi ke Shah Alam.
Kebiasaan aku menaiki bas tanpa banyak bicara dan perbualan dengan penumpang tempat duduk sebelah aku. Tapi berlainan dengan hari itu. Seorang mak cik menjadi partner tempat duduk aku. Pertama kali melihatnya. Senyuman memang x lekang dibibir aku lemparkan kepadanya.

" Mak cik bawak bekal nasi, nak makan atas bas. x selera nak makan kat umah pagi tadi" MAk Cik itu memulakan bicara.

Aku sekadar tersenyum.Tidak disangka dengan senyuman, mak cik itu menjadi ramah dengan aku. Berborak seperti aku cucu rapatnya.

Mak cik itu seorang yang pemurah, setiap kali bus berhenti untuk berehat, mesti ada saja makanan yang dibelinya. Pastu asyik suruh aku makan. Aku pemalu. Percaya x?haha
Sekali disuruh, sekali aku amik makanan 2. Kalo kata x nak kan, mak cik 2 da hulurkan makanan 2, x elok plak. Tapi kalo diingat balik cam aku malu2 tapi mahu je. heeee

"Nak pergi mana? belajar ke?" mak cik itu cuba menyoal aku.
"x la, saya ada praktikal".
"Mak Cik ada ayat nak bagi kamu, ayat ni untuk mudah nak minta kerja nanti"

Statement yang dikeluarkan itu, membuatkan aku tertarik nak mendengarnya.
dan mak cik 2 cakap lagi "blablablablablablablabla"
Aku dengar je apa mak cik 2 cakap, pastu senyum... lama juga la mak cik 2 cakap.

Tetiba"kalo kamu x nak ayat 2 pom, mak cik x pe je" mungkin sebab makcik 2 tengok aku diam je x ada cakap nak ke x nak. (padahal dalam hati, bagi la..bagi la..) tapi sebab aku malu. Aku x cakap pape. So ayat 2 melepas..

Katanya ayat 2 di ambil daripada potongan ayat Al-quran juga.
Pertemuan dengan mak cik 2 terpisah setelah sampai ke destinasi. Satu perkara yang aku lupa nak gitau mak cik itu. Sesuatu yang penting bagi aku. "Mak cik, Terima kasih!!!!!"


Dan beberapa minggu yang lepas mengingatkan aku kepada seorang mak cik. Di sebuah pasar pagi di Dengkil. Hari itu aku menjadi seorang peniaga pasar pagi. Sekadar menolong pak saudara berniaga nasi yang pelbagai menu menjadi pilihan pembeli. Datang seorang mak cik.

" kasi dua ekor burung" pinta mak cik itu.
tanpa banyak bicara aku mengisi burung puyuh goreng ke dalam plastik dan membungkusnya dengan kemas dan pantas kerana ramai pembeli lain yang sedang menunggu.
"ok. 7 hinggit mak cik." kata aku sambil menghulur burung goreng kepada mak cik itu.
Mak cik memandang aku dengan wajah kronik.

"sekor burung ni brape?"tanya mak cik.
"3.50 sen sekor"jawab aku pantas
mak cik itu segera buat muka yang sedia berkedut n meletakkan semula burung puyuh itu.
"td dia 2 (pak cik aku) cakap 2.50 sen sekor. Cam ni x mahu la aku"
mak cik itu terus bla cam tu je dengan muka selambanya. Tersentap aku kejap.

Aku heran. samada pak saudara aku tersalah cakap atau gegedang telinga mak cik 2 tersalah dengar. ok. aku paham orang tua.

Hari ni aku bercerita tentang insan yang bernama mak cik. Suatu masa aku juga akan menjadi seorang mak cik. Samada mak cik yang begitu peramah, mak cik yang pelik, mak cik yang dah meninggal dan ada orang bersedih kerananya atau macam2 lagi jenis perangai mak cik.

Jadi sekiranya korang bergaul, bertemu, bercakap dengan mak cik dan pak cik atau orang yang lebih berumur daripada korang. Hormati lah mereka. Tidak kira bagaimana cara sekalipun. Sebab kita juga akan menempuh alam itu. Seandainya layanan yang baik kita berikan kepada mereka ini, InsyaAllah di mana masa kita menjadi seperti mereka, orang lain juga akan melayan kita dengan cara yang baik. I'm right?



p/s: Aku da ada anak buah. Alamak! Aku kena terima hakikat yang aku sudah menjadi Mak Cik.

22 comments:

fairus said...

DAH BACA SAMPAI HABIS.. :)

azana said...

ye ke baca samapi habis?hahah

x perasan lak panjang bebenor citer nya...keh3

thanks la en.fairus

Betta sp said...

mak cik azana....sedap jugak panggil...hehehe

azana said...

betta: huhu... sesuai kan...

MAT SOM said...

Nak juga tgok pic Azana tengah meniaga kat Pasar Malam tu

azana said...

mat som: eh... saya x snap pom pic time kt pasar.. xsempat...hehe

Fara Ada said...

kalau da menaip memang tak sedo entri kita da panjang lebo azana..kekekeke...

azana said...

fara ada: hehe...2 la pasai...keh..keh..

Anati Soki said...

makcik azana!!!! hhehehehehe :)
jgn jadi makcik yg mcm dekat pasar tuh
jadi makcik yg dlm bas tuh hoke :)
hehehe

azana said...

anati soki: huhe.. insyaallah,,

qlah said...

salam kak .

*dah baca sampai habis jugak ;)

** nice entri kak , bagus untuk peringatan kepada semua .

p/s: qlah pun dah jadi mak cik jugak . give me 5 ! ;)

azana said...

qlah: time kaseh qlah.....

p/s: kalo cam 2....give me 10 la...hehe

sahromnasrudin said...

assalamualaikum

salam perkenalan..dtg cini dr blog fairus.com..folo blog ini

azana said...

sahromnasrudin: waalaikumussalam...

selamat datang untok kamu, en.sahromnasrudin...

amry said...

orang-orang tua ni bermacam ragam....yang pasti hati diorang teramat sensitif.

azana said...

amry: 2 la... kite kena pandai bergaul dengan orng tua... kena tengok lenggok sikap mereka..

ARJUNA.Inc said...

ehem2..hehhe...wah2..cte psal makcik plak..ak tau je ayt pe je mkcik 2 nk ckap.ko nak ke?hehhee.ko da jdi mkcik pe haa?mak ngah ke?mak teh?mak su da knpom bkan..hahaha

azana said...

arjuna: ko tau? share la ckiit ngn aku...kita kan kawan..dan2 je..haha
mak ngah, mak teh, mak su smua bukan.... aku adalah mak tiri..heh

akubiomed said...

Dah dapat ilmu yang diperturunkan? Dulu ketika bertugas di Sarawak, tuan rumah saya sangat baik dengan saya dia ada hendak bagi ayat pelindung tapi saya menolak cara baik kerana ada cara lain untuk berlindung dengan kuasaNya

azana said...

akubiomed: blom ah...huhu
2 la..kekadang ada usaha lain yang kita boleh cari... semua 2 ketentuan tuhan dak...

misrerama said...

mak cik zana..ahaha....kalo aku mmg sentap aku dh bungkus or xnk beli..marah ooo..tp org tua kan.....nk wat cmne

azana said...

misrerama: 2 rrr....buat derkkk je laa...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...