Monday, May 09, 2011

Kata-katamu


Assalamualaikum.w.b.t


Perasaan sakit hati kadang2 membolehkan kita melawan balik dengan kata-kata yang menyakitkan hati.

Contoh 1:
Pengutuk: Muka da la x lawa banyak jerawat pulak 2.
Mangsa kutuk: (diam ja.. malas nak layan)- jenis 'makan dalam'

Contoh 2:
Pengutuk: kau ni kurus keding tahap papan/gemuk la kau ni, muat ke nak lalu sini. Tengok kawan aku badan mantap je cantik pulak 2.
Mangsa Kutuk: ahh... kawan kau 2 pendek..

Itu la silap kita, ada mulut nak bercakap. ada otak tak mahu pikir. ada hati x pandai merasa.

Sikap dan cara seseorang itu berbeza. Ada yang sensitif dan ada yang jenis tak kisah. Walaubagaimana sekalipun mereka kita kena hormati. Kadang-kadang manusia itu tahu sikap seseorang itu yang jenis sensitif tetapi disengajakan jugak melemparkan ucapan buruk kepada mereka. Seolah-olah sehari tidak menyakitkan hati orang tak lena nak tido gamaknya.

Mungkin kata-kata yang menyakitkan hati itu diucapkan sekali atau dua tidak berbekas di hati. Namun bila terlalu acap kali kata-kata itu terngiang-ngiang di gegendang telinga. Tidak mustahil, terdetik di hati perasaan benci dan mungkin memendam rasa yang akan disimpan lama.

Di dalam Al-quran itu sendiri ada mengatakan larangan melontarkan ucapan-ucapan buruk kepada seseorang:

"Allah tidak menyukai ucapan buruk(mencela, memaki, menerangkan keburukkan2 orang lain, menyinggung perasaan seseorang dan sebagainya) yang diucapkan dengan terus terang kecuali oleh orang yang dianiaya. Allah adalah Maha mendengar lagi Maha Mengetahui" an nisaa' ayat 148

Kita tidak tahu apa isi hati orang yang dikutuk merasa. Kadang2 mulut lancang berkata-kata tanpa mengambil kisah hati perasaan orang. Mungkin jauh di sudut hati sudah tersimpan satu perasaan negatif yang sudah lama berbekas.



Berhati-hati bila berkata-kata. Hari ini kau menyakiti hati seseorang, esok lusa beribu orang lagi menanti untuk menyakiti hatimu. Bercakap banyak pom x guna kalau hanya menambah luka di hati. Orang cakap terkadang musuh itu lebih jujur daripada seorang sahabat sejati. Ada benarnya. Kata-kata jujur dari seorang musuh memberi seribu pengertian yang mana mungkin membawa kita berfikir dengan lebih rasional. Alasan sahabat sejati pula kadang-kadang tidak jujur kerana ingin menjaga hati dan itu lebih baik seboleh-bolehnya.

Pepatah berkata, buang yang keruh ambil yang jernih. Seumpama membuang keruh di dalam air yang jernih. Susah bukan? Begitu lah dengan hati yang telah disakiti untuk menyembuhkannya mengambil masa dan mungkin akan meninggalkan parut.

Ambil beberapa minit, muhasabahkan diri kita. Tanya diri kita.

"Ada orang tersinggung ke dengan kata-kata aku hari ni?"
"Aku terlepas cakap ke tadi"

Muhasabah kan diri kita kot2 kita menyakitkan hati kawan atau sesiapa sahaja tanpa kita sedari. Amalkanlah setiap kali sebelum tido, ringankan mulut mengucap maaf kepada sesiapa sahaja. Dengan ikhlas bukan terpaksa. Dan maafkan lah kata-kata yang telah menyakiti hati kita. Walaupun esoknya ia akan mengulangi menyakiti hati kita lagi, maafkanlah kesilapan orang itu.

"Jika kamu menyatakan sesuatu kebaikan atau menyebunyikan atau memaafkan sesuatu kesalahan (orang lain) sesungguhnya Allah Maha Pemaaf lagi Maha Kuasa" an nisaa' ayat 149



p/s: maafkan saya dan saya maafkan awak.





24 comments:

Mat Som Sadona said...

Ikut hati mati
Ikut rasa binasa

Terlajak perahu
Boleh berundur
Terlajak kata
Saman padahnya

fariharamli said...

maafkan saya andai saya melukakan awak..hihihi

aza ni said...

maafkan azana kiranya ulasan saya mengguris

Unknown said...

MAT SOM:smile,:)

FR:maafkan saya juga

AZANI:sama. saya juga.

fairus said...

YANG PENTING HATI MAU SUCI.. KALAU ORANG BUAT SALAH PADA KITA.. BIARKAN SAJA DAN MAAFKANLAH IA..

Unknown said...

fairus: 2 la en.fairus... maafkan orng itu membuatkan kita lagi tenang..

ctpayong said...

pasal tu la kadang2 kakCT serahkan pada Allah shj. kalau kita balas mungkin terlebih dan mungkin jugak terkurang.

tapi kadang2 "menjawab" jugak bila sudah tak boleh tahan.

astagfirullah.

nabilah_2908 said...

kerana pulut santan binasa...kerana mulut badan binasa...

kalau bab kutuk2 mengutuk rupa..badan ni tkde la pulak...

tp bab kutuk mengutuk sebab belum kawin lagi tu...hrummm...sabar jer la...cara dia cakap..macam kita ni tak laku sngt...mcm kita ni tua sngt....

mula2 masih mmpu buat tk tau..lama2..nk pndng muka dia pun dah malas.....nk cakap pun xde minat....

kutuk org...dia lupa..dia juga ada anak...dia lupa hukum karma....

Unknown said...

ctpayong: 2 la...kekadang kalo da sakit ati sngt memg menjawab...

tapi bila lama ckit, da lupa da sakit ati 2...

Unknown said...

nabilah: x kira la cara kutuk macam mana sekalipun... kutuk tetap kutuk..

kata-kata orng yg mengutuk ni kadang2 akan terkena batang idung sendiri kn..

sabar ya kak nabilah.....:)

Usagi said...

Manis bicara indah tutur kata
Tak seindah rupa pengertiannya
Lembutnya lidah mengata nista
Lidah yang tiada bertulang
Mengadu domba
Serta memfitnah sesama saudara
.....
tau x lirik lagu apa?

Unknown said...

bicara kata.. in-team.
isn't i'm rite?

Anonymous said...

Kadang-kadang ada yang nak bergurau tapi tak kena tempat. Sakit hati je rasa kadang-kadang.

Unknown said...

miss tira: btol 2.. setuju sangat. bergurau sekali dua xpe lagi.. ni kalo da bnyak kali memang menyakitkan hati...

amry said...

macam aku,aku diam jer lah kot...
aku tak kacau orang..malas nak sesakkan dada...tapi kalau dah melampau tu,terpaksa bersuara juga rasanya..hmm

Unknown said...

amry: sama cam aku.

ARJUNA.Inc said...

tol 2..ad stgah org dia ade pnglman la..dkutuk..so bler dia nk mngutuk dia akn sdar..pe rsa dkutuk?bgi yg x pernah dktuk..2 yg x prnah nk sdar dri g..tp satu msa..dia akn kn agak la..gud info zana.. =)

cik najah said...

itulah manusia...
mulut manusia sememangnya tidak boleh ditutup .

pedulikan semua itu .

jika dah melampau , bangun , dan tegakkan keadilan . buat mereka tercengang ! ;)

Unknown said...

arjuna:huhu....sakit ati bila di kutuk.. tapi pikir balik...lupakan je la...

Unknown said...

qla: 2 la... tp kadang2 kalo balas balk pom... lagi rs sakit ati..hehe

misrerama said...

zana...im sory........sob sob sob.mana tau kot ko berkecil hati aku asek ckp ko kurus kan?tp xpe ko kurus tp ko lawa... :)

Unknown said...

misrerama: hahaha.. piqa cayang oi.. maaf kan aku juga... aaku sentiasa akan meaafkanmu...:)

hans0 said...

jadi pengutuk kadang2 syok

Unknown said...

hans0: memang syok kalo x pkai akal yang rasional

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...