Assalamualaikum w.b.t..
"hey azana, lame aku x nampak ko, da makin melidi ko skang ekk?"
"Tumpang tanya, kedai buku azanan kat mana?"
"halloo.... bleh saya bercakap dengan puan azana?"
Perasan x, apa kesilapan yang terdapat dalam ayat tersebut. Ok. Aku bukan nak ajak kalian belajar tatabahasa ke, betolkan ayat ke ape. Cuma ada perkara penting yang kita lupa atau sengaja dilupakan sebelum memulakan perbualan. Apakah???
'Memberi Salam'
Dunia semakin menghampiri hari tuanya, dalam erti kata lain kiamat semakin menghampiri. Tidak dinafikan ramai je yang memberi salam tetapi salam diberikan hanya kepada mereka yang dikenali sahaja. Betol x?
x payah nak ambik contoh jauh, contoh Aku la... kekadang bila aku tengok orang yang langsung tidak dikenali, mulut ni cam kena stapler je susah nak buka untuk bagi salam.Ok. Itu kesilapan aku sendiri. Tidak kira sesiapa pun, dimana sahaja kita berada ringankan lah mulut memberi salam, jika bukan manusia yang menjawab, malaikat sentiasa ada untuk menyambut salam kita.

"sesungguhnya diantara tanda-tanda dekatnya hari kiamat ialah manusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang dikenalinya sahaja" riwayat ahmad
p/s: Mulai ari ni tidak kira sesiapa pun, aku akan bagi salam.
Woii!!! agak2 la... tak kan bukan islam pun ko nak bagi salam???