Saturday, May 01, 2010

Aku Merinduinya...

Bangun pagi ni cam biasa… Aku angkat kaki dan melangkah ke dapur.. Kosong?? Tiada nasi bungkus di atas meja. Aik... Terasa pelik, nape xde nasi bungkus. Abah x balik lagi ke pegi beli nasi bungkus dan kuih (kebiasaan setiap hari). Aku berjalan menuju ke bilik, pada masa 2 terdengar bunyi motor abah masuk ke kawasan umah. Yeyy… abah dah balik!! Laju je aku keluar melihat kepulangan abah.. Oppssss!!!!!!! Mana abah???

(mimpi)


Berat rasanya nak celik mata. Aku masih di atas katil rupenya. Terasa sayu je...Mimpi 2 buat aku rindukan seorang lelaki yang bernama abah. Bila teringat kawan2 aku bercerita tentang ayah mereka akan menjemput pulang untuk cuti semester, aku juga teringin abah datang dan bawak aku pulang… Apa yang aku inginkan x mungkin akan berlaku. Sudah semester akhir, sama je setiap semester. Seperti kebiasaan, aku akan melangkah kaki ni menaiki bus sendirian dan mengheret beg yang besar...


Pernah satu ketika 2, aku terdengar perbualan kawanku dan ayahnya melalui telefon, dia mengadu kt ayahnya, (stress , demam, macam2 la) Ak hanya memerhati dan mendengar je… aku pom nak cakap ngn abah juga. Kalo la abah ada, banyak benda aku nak kongsi cerita dengannya…mungkin aku boleh mengadu kt abah.. Skrang bukannya aku xbleh nak mengadu kt ma aku, tapi bila memikirkan apa yang berlaku kat umah, apa perasaan ma time 2, kt umah ok ke??, niat untuk menceritakan terhenti.. Walopn aku tak sihat, cedera, xda duit time belajar, aku sanggup berlapar, x sampai ati nak bagitau ma aku… Aku akan pastikan ma aku tahu yang ak baik2 aja…


Kalo la abah ada time ni, mungkin aku lebih bersemangat.. Ada sokongan dan doronggan dari ma dan abah…

Urm… pernah terlintas di fikiran aku, macam mana la abah kalo tgok anak die da meningkat dewasa…ak teringin nak abah aku tgok aku da tinggi skrang.. (dulu ketot semetot) skrang da jadi anak dara. Dan semakin berdikari.. X seperti aku pada zaman kanak2 dulu.. Aku rindu nak cium tangan abah. Rindu nak kupas buah salak kt abah, nak potong kuku abah, nak urut kaki abah, nak naik belakang abah, nak mintak duit ngan abah,"abah, nak 20sen"hehe…


Kalo la abah ada, tentu ma gembira… ada teman.. Alang2 2, bleh aku tumpang nak manja2..heehe tapi 2 semuanya kalau.. Hakikatnya aku sedar yang abah da xda.. Tuhan lebih menyayanginya… Hanya tinggal kenangan bersamanya yang sentiasa aku rindui... skrang tiada lagi insan yang bernama abah untuk aku panggil…. "Abah, Abah"….




azana

11 comments:

misrerama said...

sayu......

memang dia . said...

tacink

tuksedo bertopeng said...

ermmm....terima apa yg tertulis d luh mahfuz....kadang2 hanya kita yang tahu dan org lain tidak mngetahuinya, walau berduka org lain tidak tahu... dan itulah di beri nama 'suatu kehidupan'....yang mana belajar dr kesedihan adalah kekuatan di masa nanti..apa jua hal, takziah dan usah bersedih lagi, kerana 'kisah kita' belum tamat lagi.....salam

azana said...

thanks tuksedo bertopeng..

Anonymous said...

welcome back syazana....anyway, cerita nie cerita betul2 sedih....sy mngerti, tp jgn la bersedih lg ekh???

-tuksedo bertopeng

ali said...

wau...aku bace buat aku ingat kat bapak aku...best tulisan ko....

azana said...

thanks ali.... sayangi lah mak bapak slagi mereka masih ada...:)

amry said...

disebalik kegembiraan ko..rupanya ada kesedihan....hm...tersentuh aku baca entry ko ni....moga ko kan tabah zana...banyakkan sedekah fatihah pada arwah ayah ko supaya tenang dia kat sana...

azana said...

amry: thank u amry...senyum sokmo lah

nunama said...

Astaghfirullah. Cik Azana... Maafkan saya. Saya baru tahu. Huhu.

Semoga kamu tabah ya!
(As usual, berat mata memandang, berat lagi bahu yg memikulnya.)

Saya tahu kamu kuat. Peluk kamu ketat-ketat! :)

azana said...

time kaseh nunama.... ok peluk ketat2 jugakkkk..heheeh

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...