Sunday, April 11, 2010

3: Dialog cinta..

Bacalah dengan hati yang terbuka…

Hayati, fahami..renung-renungkan…



Tentu ada cinta secara islam.

Cinta secara islam hanya satu, iaitu perkahwinan. Perkahwinan berlaku setelah ijab kabul, cinta selepas kahwin. Itulah cinta suci dan kudus. Cinta yang bermaruah. Bukan cinta murahan. Inilah kemuliaan islam. Apabila islam menegah sesuatu perkara, tentu ia menggatikan sesuatu yang lebih baik. Jika ia menegah cinta antara lelaki dan perempuan sebelum kahwin, ia membawa perkahwinan sebagai ganti yang lebih baik. Cinta adalah maruah manusia dan terlalu mulia.



Kalau begitu cinta remaja semua menghampiri penzinaan?

Ya, kalau lelaki dan perempuan bertemu, tentu perasaan turut terusik. Kemudiaan perasaan dilayan. Kemudiaan teringat, rindu. Kemudian diatur pertemuan. Kemudian duduk berdua-duaan. Kemudian mencari tempat sunyi sedikit. Kemudian berbual panjang hingga malam gelap. Hubungan makin akrab, dan berani pegang tangan, duduk makin dekat. Kalau tadi macam kawan, sekarang macam pengantin. Baru semalam, bukankah mereka hampir dengan penzinaan? Berapa ramai orang bercinta telah sampai ke daerah penzinaan dan kesengsaraan. Kasihanilah diri dan ibubapa yang melahirkan kita dalam keadaan putih bersih tanpa noda daripada seekor nyamuk sekalipun!


Masih ramai yang bercinta tetapi tetap selamat tidak berzina. Kami tahan diuji!

Allah yang menciptakan manusia. Dia tahu kekuatan dan kelemahan manusia. Manusia tidak tahan ujian. Oleh itu Allah memerintahkan supaya jauhi perkara yang ditegah takut manusia akan kecundang.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...