Thursday, April 01, 2010

Manisnya hidup ini!!




1: Jadilah Dirimu Sendiri
Aku adalah aku. Ya... jadilah diri kau dengan menjalani kehidupan dengan cara kau sendiri. Tunjukkan nilai baik dan ikut kata hati kamu (sesuatu yang betol adalah daripada 'instinct' yang salah).
'hidup perempuan yang ada caranya tersendiri adalah perempuan yang lebih gembira'
Cara kita adalah hidup kita, kau akan nampak lebih unik dan menarik dengan cara dan identiti kau sendiri.
Janganla duk cuba nak tiru cara hidup orang lain kerana itu adalah cara untuk kau menipu diri kau sendiri.

2: Tentukan Matlamat
Matlamat dapat membentuk motivasi dan arah hidup kita.
Ia dapat menunjuk dengan lebih jelas apa yang kita mahu dalam hidup kita. Contohlah, kau nak jadi kaya, maka kau kenalah berusaha mencari duit. Kalo kau nak jadi pendakwah plak maka banyak belajar ilmu agama.
Jadi, kalau da ada matlamat sudah pasti kita akan tahu apa yang akan dibuat dan dikejar.
Hidup kita akan rasa lebih bermakna apabila matlamat yang kita target tercapai dan berjaya.

3: Ambil Peduli tentang Dirimu
Jadikan dirimu adalah yang utama dalam hidupmu. Kita perlu mengambil berat tentang diri sendiri dalam pelbagai aspek. Contohnya, kesihatan, pastikan pengambilan makanan yang sihat dan sentiasa melakukan senaman. Kalo bab kecantikan plak, sentiasalah menjaga kebersihan, bersiap dan kelihatan cantik sebab dapat meningkat daya keyakinan diri.
Penting! Hargailah setiap kejayaan yang kita perolehi. Sekiranya kita berjaya dapat grade A dalam sesuatu subjek, hadiahkan lah sesuatu untuk diri kita. Barulah perjalanan hidup ini akan terasa lebih bermakna.

4: Bersyukur+Sayang-menyayangi
Dr.sharp, 'orang yang bahagia adalah orang yang sentiasa bersyukur'
- Mereka menghargai apa yang mereka ada dan kurang memikirkan apa yang mereka tiada.
Ingat kembali 'good thing' yang telah kita lakukan setiap hari ( apa kata kau sediakan senarai semak perkara manis yang telah kau lakukan. Menarik kan?
Sayangilah orang lain terlebih dahulu sekiranya mahukan orang menyayangi kita.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...