Thursday, April 01, 2010

2: Dialog cinta..

Bacalah dengan hati yang terbuka…

Hayati, fahami..renung-renungkan…




Duduk berdiskusi pelajaran tak boleh ke? Bincang pelajaran sahaja *(bagi kes belajar berdua-duaan sahaja)

Berdiskusi pelajaran?? Betul ke….. Jangan tipu. Allah tahu apa yang terselit dalam hati hamba-hambaNya. Kita belajar nak mendapat keberkatan. Kalau cemerlang sekalipun, kalau tidak diberkati Allah, kejayaan tidak akan membawa kebahagiaan. Hidup di dunia tidak bahagia, akhirat lagilah. Jadi belajar hendaklah ikut batas dan ketentuan Allah. Belajar akan jadi ibadat. Adakah berdiskusi macam ini akan ditulis oleh malaikat rakib dan atid.




Sungguh! Berbincang pelajaran sahaja! Ni study group.*(bagi kes belajar berdua-duaan sahaja)

Study group….? Nampak lain macam saja. Manja, senyum memnjang, tak macam berdiskusi. Takkan berdiskusi berdua je? Ke mana-mana pun berdua. Kalau ye pun carilah study group yang ramai sikit. Kalau duduk berdua-duaan macam ini, betul ke bincang pelajaran? Jangan-jangan sekejap je berbincang pelajaran, yang lain tu………..banyak dihabiskan masa dengan fantasi cinta!




Tidakklah. Sungguh berbincang pelajaran!

Baik sungguh awak berdua. Takkan awak berdua tidak ada perasaan apa2? Awak kurang sihat ke? Ingat! Kita bukan malaikat, tak ada nafsu. Kita manusia. Jangan nafikan fitrah manusia. Kita ada nafsu, keinginan. Itulah fitrah manusia.




Kami berdua sama-sama belajar. Study group. Saling memberi semangat dan motivasi.

Tak adakah kaum sejenis yang boleh dijadikan rakan belajar? Habis sudahkah kaum sejenis yang boleh dijadikan rakan motivasi? Jangan hina kaum sejenis kita. Ingat banyak orang cemerlang belajar hanya bersama kaum sejenis. Lebih tenang perasaan, tidak terganggu, dapat berkat dan rahmat pula.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...