blog ni menceritakan perjalanan hidup aku yang sentiasa menjadi kenangan, tip2 berguna dan ape2 je yang dapat beri manfaat kat korang sumer...sAsszz..layan...
Saturday, October 30, 2010
~ Lompat ~
Tuesday, October 19, 2010
6: Dialog Cinta
Bacalah dengan hati yang terbuka…
Hayati, fahami..renung-renungkan…
Masihkah ada orang tidak bercinta di zaman ini??
Ya, masih ada orang suci dalam debu. Golongan ini akan sentiasa ada walaupun jumlahnya kecil. Mereka akan bertemu suatu hari nanti. Mereka ada pasangannya.
Firman Allah: dan orang lelaki yang memelihara kehormatannya (yang memelihara diri dari melakukan penzinaan) Allah telah menyediakan bagi mereka segala keampunan dan pahala yang besar. (surah Al-Ahzab:35)
Bagaimana kami???
Kamu masih ada peluang. Bertaubatlah dengan taubat nasuha. Berdoalah serta mohon keampunan dariNya. Mohonlah petunjuk dan kekuatan untuk mendapat redhaNya.
Kami ingin mendapat redha Tuhan. Tunjukkan bagaimana taubat nasuha.
Taubat yang murni. Taubat yang sebenar-benarnya. Taubat yang memenuhi 3 syarat:
- Tinggalkan perbuatan maksiat, putuskan hubungan cinta yang tidak diredhai Allah ini
- Menyesal, mengisafi diri di atas tindak tanduk yang menjurus ke arah percintaan.
- Berazam, bertekad dalam hati tidak akan bercinta lagi dengan sesiapa kecuali yang bernama isteri atau suami. Saatnya adalah setelah ijab kabul.
Ingatlah semakin bebas pergaulan semasa sebelum kahwin, semakin hambar dan kurang rasa cinta setelah menjadi suami isteri.
"Ya Allah, hambamu ini tersesat jalan. Ampunilah dosa-dosa hambamu ini.
Sesungguhnya Engkau maha pengampun dan penerima taubat.
Berilah kekuatan kepadaku untuk menghadapi godaan keremajaan ini.
Anugerahkan kepadaku perasaan benci kepada maksiat. Hiasilah diriku dengan akhlak mulia.
Ibu dan ayah, anakmu berdosa. Engkau jaga diriku sedari dari kecil dengan kasih sayang.
Mengapa kucurahkan kasih itu kepada orang lain.
Oh Tuhan, hambamu ini berdosa.. Amin yarabbal alamin"…
Moga Allah terima taubatmu. Kita berpisah kerana Allah.
Kalu ada jodoh tidak ke mana! Ya Allah bantulah mereka.
Kini mereka datang ke pintuMu mencari redhamu. Terimalah taubat mereka.
Sunday, October 10, 2010
Berusahalah dengan Bersungguh-sungguh
Wednesday, October 06, 2010
BEL oh BEL 2



