Saturday, February 05, 2011

Jika Aku Seorang Lelaki

Lelaki? Perkara pertama yang terlintas di fikiran aku adalah seseorang yang memikul tanggungjawab besar. Untuk menjadi seorang lelaki bukannya mudah. Btol x?

Gambar Sekadar Hiasan


Jika aku seorang lelaki,
Aku akan menjalankan tanggungjawab aku sebagai seorang anak kepada Ibu. Seberapa banyak lelaki sekarang yang lupa akan ibunya kerana seorang perempuan? X terkira kn. Ada yang lupakan ibu kerana seorang kekasih yang belum sah di sisi syarak, ada yang lebih mengutamakan dan mementingkan isteri dalam apa sahaja tindakan atau perbuatan berbanding ibunya sendiri. Macam-macam ada. Aku selalu mendengar dari suara insan-insan yang bergelar ibu, anak lelaki bila da kerja susah nak kasi duit kat ibunya (tidak semua, kebanyakkan) tetapi anak perempuan bila dia dah kerja, ada yang akan menghulurkan duit kepada ibunya walaupun sedikit. (ni pun tidak semua) Mungkin sebab perempuan ada sifat penyayang semulajadinya yang sentiasa mengingati pengorbanan ibunya.


Jika aku seorang lelaki,
Aku akan menghormati insan yang bernama perempuan. Lelaki yang menggunakan kekerasan kepada perempuan adalah lelaki yang dayus. Pernah x korang sebagai lelaki mengeluarkan kata2 kesat kepada perempuan? Mungkin kamu hanya cakap "BODOH!" kepada seseorang perempuan itu. Padahal kesalahan yang dilakukan perempuan itu tidak mnggambarkan perempuan itu bodoh pun. Mana nak tau dengan kata2 yang sedikit 2 boleh menyebabkan hati perempuan itu terguris. Nama lagi perempuan sudah pasti berhati lembut kan? Yang pasti jika aku lelaki dan aku telah menyakiti hati seseorang perempuan, aku pasti tidak akan terlepas dari balasan atas perbuatan tersebut. Kehidupan ibarat seperti roda, berputar dan sentiasa berputar. Hari ini aku menyakiti seorang perempuan, esok lusa kalo bukan aku,mungkin emak aku, adik perempuan aku atau saudara-mara perempuan aku akan merasa sakit seperti mana aku menyakiti perempuan itu. Mungkin lebih dasyat lagi daripada itu. Siapa tahu?


Jika aku seorang lelaki
Aku akan menjadi seorang suami dan ayah yang baik. Mendidik dan mengajar anak-anak aku menjadi orang yang tahu tentang agama. Lelaki adalah pemimpin. Seberapa ramai lelaki yang tidak mampu menjadi pemimpin. Bagaimana kamu ingin memimpin sebuah organisasi yang besar sedangkan organisasi kekeluargaan pun kamu tidak mampu memimpin dengan baik? Sebaik-baik ibu bapa adalah yang memberi didikan agama dan kasih sayang, bukan menabur harta melimpah ruah di mata anak. Perkara yang simple kita lihat pada zaman ini, nak suruh anak dan isteri menutup aurat pun susah. Oh. Lelaki itu telah gagal menjadi pemimpin yang baik. Didikan adalan dari masa anak itu kecil lagi. Contoh Di waktu anak-anak masih kecil, kita sudah biasakan anak kita memakai skirt, atau pun kita sebagai ibu bapa sendiri memakai pakaian yang tidak elok dipandang dan dipertontonkan kepada anak-anak. Dari situ anak sudah boleh belajar. Apa yang dilihatnya akan diikutinya. Jadi, tunjuk dan ajar la perkara yang baik. Sebagaimana hebatnya seorang pemimpin, begitulah baiknya orang yang dipimpin.


Itu semua adalah jika aku seorang lelaki, yang pastinya aku seorang perempuan yang memerlukan tunjuk ajar dan sentiasa belajar sesuatu untuk mencapai sesuatu yang lebih baik. Lelaki mahupun perempuan tiada yang sempurna. Semua orang melakukan kesilapan. Dimana ada kesilapan di situ ada pembetolan. Aku memohon maaf sekiranya ada yang terguris.:)

21 comments:

Tepoh Dock said...

kalau semua lelaki macam tu...omu kagum...tapi syg laki sekarang payah nak jumpa macam ni...

Anonymous said...

ahaha...aku bersinar

fatim M said...

susahnya jadi lelaki kan...

zazaw said...

payah ni kak
nak cari lelaki cm tuuu
HAHAHAH

amry said...

Thanx zana...sesungguhnya aku seorang lelaki yang tidak lari dari melakukan kesilapan...

Unknown said...

besar tanggungjawab lelaki

Anati Soki said...

kalau btol ada elalki cmm tuh kan best.. :)
setiap ciri yang diidamkan setiap wanita ada kt dia.. hehehe

misrerama said...

semuanya hanyalah JIKA.... :))

nunama said...

ehem3. Cik Azana, ciri2 lelaki idaman ye? hehe. gurau2. ;)

p/s: huhu jadi perempuan pun susah. yg penting, kalau masing2 tahu t/jwb dan amanah sebagai hamba Allah, semua benda akan jadi mudah. :)

Unknown said...

omurice: susah nak jumpa.. kalo ada boleh dikire..hehe

fakhrul asyraf:kau bersinar sebb ko len..sinar cahaya keimanan?hehe

Unknown said...

fatim M:jadi perempuan pn susah jugak.. tiada yang senang..

Zazaw:payah x payah.. kena ada jgk ciri cam g2..hehe salah satu pn jadi la..semua lagi bagos.

Unknown said...

amry:u r welcome.setiap org x terlepas dr melakukan kesilapan

ferry:besar punyer....

Unknown said...

anati soki: a'a kan.. semua perempuan idamkan lelaki cam 2..

misrerama:2 la pasai nasib baik jika.. kalo aku nak jadi btol2? haha mengarut.

Unknown said...

nunama:ehem3..:))

p/s:btol 2.. yg penting tau tanggungjawab masing2. bukan tau saja kena buat la..

Usagi said...

bagus2...sy suka entry nie:)

jika ak seorang lelaki (mmg pon), ak akan menghormati binatang belaan ku sebagaimana dia menghormati daku

akubiomed said...

Entri ini memberi ingatan kepada bait lirik lagu Beyonce yang bertajuk 'If I Were A Boy'

Berat tanggungjawab seorang lelaki untuk menjadi khalifah di dunia ini

Unknown said...

betta: :)
binatang pn tau hormat tuan die kalo dijaga dan dibelai dengan cara baik.

akubiomed:a'a la... cuma isi die je x sama..

berat2...jd la lelaki bertanggungjawab...

Ali's said...

nasib aku bukan lelaki... haha
after this entri anda aku seorang wanita pula yer...

Unknown said...

stuck on me: hehe...aku tetap perempuan..

ARJUNA.Inc said...

oh..agak2 ak laki cmne lak?haha..

Unknown said...

mane la aku nak tau ape ko nak..
setiap org ada kemahuan yang berbeza..huhu

ehh..tp aku rasa kalo btol2 laki cam kau mesti nak pompuan cantik..hahaha
(suka ati aku je)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...