Friday, February 18, 2011

Cintakan Kekasih

Assalamualaikum..w.b.t.


p/s:Perbualan ini hanya rekaan semata-mata..


Penanya Soalan: Saudari Azana, bleh saya bertanye beberapa soalan?

Azana:ya, tanya la..insyaallah saya jawab..

PS: Adakah saudari mencintai Rasulullah s.a.w?

Azana: cinta.. (confident je..)

PS:Siapakah nama Rasulullah s.a.w?

Azana: Muhammad b. Abdullah. (naseb bek aku tahu-lam ati)-2 pn berpikir sejenak.

Boleh x saudari bagi nama penuh Baginda?

Azana:Errrr... (geleng2 kepala sambil tersenyum)

Jawapan: Muhammad b Abullah b. Abdul Mutallib b. Hashim.


PS:Bilakah Hari kelahiran Baginda?
Azana:12 Rabiulawal tahun gajah

PS: Tahun ke berapa?
Azana: x ingat

Jawapan: Subuh isnin, 12 rabiulawal/ 20 April 571 M pada Tahun Gajah

Tempat lahir di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah



PS: Siapakah ayah dan ibu Baginda?
Azana: Ayah, Abdullah... Ibu, Aminah

(Amboi.. cam 2 ja.. ingat ni kawan2 ang ka?)


Jawapan:

Nama ayah: 'Abdullah bin 'Abdul Muttalib bin Hashim

Nama ibu:Aminah binti Wahab bin 'Abdul Manaf


PS: Ape nama datuk Baginda:
Azana: (mengecilkan mata konon2 cuba mengingat)

Jawapan: Syaibah bin Hasyim dikenal dengan nama 'Abdul Muttalib



SP: Siapakah ibu susuan nabi Muhammad S.A.W?
Azana:..............

Jawapan:

Ibu susuan Pertama: Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab)

Ibu susuan Kedua: Halimah binti Abu As-Sa'diah (lebih dikenali Halimah As-Sa'diah. Suaminya bernama Abu Kabsyah)



SP: Berapa orang isteri Rasulullah S.A.W?
Azana:........ (seingat aku ramai... berbelas2 ke beratus2 ek? lupa lak..-cakap lam ati lagi)

SP: Sebutkan nama mereka?
Azana: Pertama siti khadijah (laju je jawab), kedua x tahu, ketiga x ingat, keempat Siti Aisyah kot.... (Bleh plak men kot2)

lepas 2 si azana senyap.... (x tahu la 2..main hentam je kau ni..keh..keh)

Jawapan:

1. Khadijah bt. Khuwailid al-Asadiyah r.a

2. Saudah bt. Zam’ah al-Amiriyah al Quraisiyah r.a

3. Aisyah bt Abi Bakr r.a (anak Saidina Abu Bakar)

4. Hafsah bt. Umar bin al-Khattab r.a (anak Saidina ‘Umar bin Al-Khattab

5. Ummu Salamah Hindun bt. Abi Umaiyah r.a (digelar Ummi Salamah)

6. Ummu Habibah Ramlah bt. Abi sufian r.a

7. Juwairiyah ( Barrah ) bt. Harith

8. Safiyah bt. Huyay

9. Zainab bt. Jansyin

10. Asma’ bt. al-Nu’man al-Kindiyah

11. Umrah bt. Yazid al-Kilabiyah

12. Zainab bin Khuzaimah (digelar ‘Ummu Al-Masakin’; Ibu Orang Miskin)



Siapakah nama anak-anak Rasulullah S.A.W?
Azana: Fatimah (glupp...satu je tau)

Jawapan:

1. Qasim

2. Abdullah

3. Ibrahim

4. Zainab

5. Ruqaiyah

6. Ummi Kalthum

7. Fatimah Al-Zahra’

8. Halah bin Hind bin Habbasy bin Zurarah al-Tamimi - anak tiri Rasulullah S.A.W (anak kepada Saidatina Khadijah bersama Hind bin Habbasy. Ketika berkahwin dengan Rasulullah S.A.W, Khadijah adalah seorang janda).



SP: Apakah gelaran bagi Baginda?
Azana: al-amin

SP: Apakah maksudnya?
Azana:.........................

Jawapan: Gelaran Al-Amin: Baginda merupakan seorang yang jujur, amanah dan budi pekerti. Perkataan dan perbuatan baginda sentiasa dipercayai sehingga baginda diberi gelaran al-Amin oleh masyarakat Arab Quraisy.



SP: Apakah sifat2 terpuji rasulullah S.A.W
Azana:...........(duk pikir lama...mata terkebil-kebil)
jujur, amanah, tabliq, fatonah

Jawapan:

Sifat-sifat terpuji Rasulullah:

- Berkata benar (siddiq)

- Boleh dipercayai (amanah)

- Penyampai ajaran Islam (tabliq)

- Bijaksana (fatanah)



SP: Siapakah insan/Tokoh-tokoh awal memeluk islam?
Azana: Saidina Ali, abu bakar....(........)

Jawapan:

1.Zaid bin Harithah (anak angkat nabi)

2.Ali bin Abu Talib (sepupu nabi berusia 10 tahun)

3.Khadijah binti Khuwailid (isteri nabi dan orang pertama memeluk Islam)

4.Abu Bakar al-Siddiq (sahabat karib)



SP: Apakah wahyu pertama yang diterima oleh Rasulullah S.A.W?
Azana: (menggaru-garu kepala yang sedia ada kutu)

Jawapan: Wahyu pertama iaitu dari surah al-Alaq yang berbunyi “Bacalah dengan menyebut nama Tuhanmu yang menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah, dengan nama Tuhanmu yang Amat Pemurah, yang mengajar manusia dengan perantaraan (menulis, membaca). Dia mengajarkan kepada manusia apa yang tidak diketahuinya.”

- pada hari isnin, 17 ramadan (6 ogos 610 M)

- Berusia 40 tahun.



SP: Bilakah kewafatan nabi Muhammad?
Azana: (sengeh sambil menampakkan barisan gigi kuning)

Jawapan: hari isnin, 12 Rabiuawal tahun 11H/ 8 Jun 632M di Madinah Al-Munawwarah.




wahh... terasa malu dan hinanya diri ini... dalam berbanyak-banyak soalan yang di tanya tentang Rasulullah, 10 peratus pn x cukup nak kasi markah untuk jawapan yang diberi..


Inikah yang dinamakan cintakan kekasih Allah S.W.T?
Sila merasa malu dengan diri sendiri seandainya soalan seperti berikut ditanye kepada kalian dan kalian tidak dapat menjawab dengan baik sekali. Pernahkah kita terfikir untuk mengkaji dan mendalami siapakah Rasululullah S.A.W? Pernahkah kita mengikuti sunnah-sunnah Rasulullah S.A.W?
Jangan Kata Tidak... kerana ia suatu yang merugikan kelak.

Sabda Rasulullah SAW:
“Sesiapa yang menghidupkan sunnahku, maka sesungguhnya dia telah mencintai
aku. Dan sesiapa yang mencintai aku nescaya dia bersama-samaku di dalam syurga.” (Riwayat Al-Sajary daripada Anas)

Kalian jangan pula merasa sedih bila di akhirat nanti orang yang berada disebelah kamu dipilih dan dibawa pergi mengikut Rasulullah. Sedangkan kamu terkapai di sana tiada siapa yang menolongmu...

Wassalam...

Monday, February 14, 2011

Sambutan Maulidurrasul

Hari ini hari apa? ok.. da masuk 12 Rabiuawal 1432 bersempena dengan memperingati hari kelahiran Nabi Muhammad S.A.W. pada Tahun Gajah. Semoga semua orang tidak lupa atau jangan buat-buat lupa pulak.

Nak citer sikit ni...
Haaah....ceciter2..

Dahulu...
Masa aku sekolah dulu sambutan Maulidurrasul sangat meriah dan mendapat sambutan yang baik. Tak kira la sekolah rendah ke menegah ke, dua2 terbaiklah sambutannya... Cikgu2 sangat prihatin dengan tarikh dan akan mengajak warga sekolah menyambut hari memperingati kelahiran Junjungan Nabi Muhammad s.a.w. Bermacam-macam aktiviti dijalankan. Kalo sekolah aku dulu, ada pertandingan hias sepanduk, nasyid, nasyid? entah aku da lupe ada ke x pertandingan nasyid.. Pertandingan sepanduk je aku ingat sebab time 2 aku join. Sonok.. Kelas kami dapat juara sepanduk tercantik..hehe.. Persiapan sebelum Hari Maulidurrasul kami akan berkumpul ramai2 untuk siapkan sepanduk. sepanduk lagi? Pastu pikir nak pakai baju apa tok hari maulidurrasul.. Masing-masing mesti mau cantik ma.. walopun aku agak selekeh time 2.haha


Part yang sonok jugak sama-sama gotong-royong dan sesi potong-memotong daun pandan untuk buat bunga rampai. Setiap orang da bawak pisau atau gunting, daun pandan, bedak minyak wangi, ahh macam-macam la diaorang nak kasi tambah wangi ckit.. Pastu bungkus daun pandan yang da siap dipotong 2 elok-elok... Bunga rampai ni akan diberi kepada orang ramai masa hari perarakan nanti. Hari sambutan Maulidurrasul di mulakan dengan perarakan mengeliling sekolah dan masuk ikot pintu depan sekolah. Sekolah aku panjang.. so, perjalanan nya agak jauh sedikit (ala x la jauh sampai berkilo-kilo meter). Perarakan sambil memegang sepanduk kelas masing-masing yang sudah siap dihias.. Masa ni la semua orang nak jadi juri menilai sepanduk kelas sape paling cantik. Semua x nk kalah..haha dan yang paling penting sambil jalan berarak sambil berselawat mengingati Junjungan Nabi Muhammad S.A.W...
Rindu saat itu..:)


Sekarang...
Sudah hampir 4 tahun aku belajar kat universiti, tp xde aktiviti yang dijalankan bersempena dengan hari Maulidurrasul yang aku join. Aku xtau samada sambutan ada dibuat atau aku yang x sedar. Tapi seyesly memang xde sambutan yang btol2 meriah. Apa yang aku tahu kat sini bila nak buat dinner sangat meriah dan agak mendapat sambutan. ahh.. part ni xyah cakap smua nak pakai gempak2 nak melawa sini nak melawa sana. x kisah la. Persiapan makan malam yang baik punyerr dengan poster di tampal untuk pemberitahuan pada sekian tarikh dan sekian hari. Tapi bila nak sambut Maulidurrasul ada tampal poster? ada buat ker? kalo ada alhamdulillah..


Tambah-tambah lagi, macam2 aktiviti dijalankan. Nyanyi-nyanyi, montaj, raja lawak, macam2 la persembahan bagai. Tapi cuba korang fikir.. ape korang dapat? Aku bukan anti jamuan makan malam ke ape, sebab aku pun join juga. Cuma aku nak bandingkan sahaja sambutan Maulidurasul dijalankan x seberapa meriah. Padahal betapa besarnya kelebihan orang yang memuliakan majlis Keputeraan Nabi Muhammad S.A.W, kerana sekadar berniat sahaja hendak mengadakan maulud nabi sudah dikira mendapat pahala dan dimuliakan ini kan pula kalau menyambutnya. Masyaallah... Aku sekadar ingin mengingat diri sendiri yang kekadang dan selalu terlalai. Semakin umur meningkat semakin jauh pulak dengan aktiviti yang cam gini. Sedar la wei!! (ni cakap kat diri sendiri) Semakin meningkat umur semakin mati menghampiri..
K r.. Salam Maulidurrasul kepada semua.. Bersamalah kita berselawat ke atas Junjungan Nabi Muhammad S.A.W.


p/s: Aku nak share ngan korang lagu nasyid ni. Klik aja.
sila2 men-dowload ya..sangat bessh.


Tuesday, February 08, 2011

Hijau Itu Indah

Assalamualaikum.. wbt.

Hari ni aku nak kongsi pemandangan yang cukup indah dari kaca mata aku, sungguh mendamaikan. Ayat pertama yang terpancul dari mulut aku bila aku sampai "wow...cantiknya..." Pic ni aku amek mase p Taman Botani Malaysia, Bukit Cerakah bulan lepas.

Subhanallah.. indah sungguh ciptaan Tuhan.
Memang aku suka la..hehe
















Thanks kepada yang sudi meng-up n down-kan mouse untuk melihat gambar2 ini.
senyum sokmo lah!


Saturday, February 05, 2011

Jika Aku Seorang Lelaki

Lelaki? Perkara pertama yang terlintas di fikiran aku adalah seseorang yang memikul tanggungjawab besar. Untuk menjadi seorang lelaki bukannya mudah. Btol x?

Gambar Sekadar Hiasan


Jika aku seorang lelaki,
Aku akan menjalankan tanggungjawab aku sebagai seorang anak kepada Ibu. Seberapa banyak lelaki sekarang yang lupa akan ibunya kerana seorang perempuan? X terkira kn. Ada yang lupakan ibu kerana seorang kekasih yang belum sah di sisi syarak, ada yang lebih mengutamakan dan mementingkan isteri dalam apa sahaja tindakan atau perbuatan berbanding ibunya sendiri. Macam-macam ada. Aku selalu mendengar dari suara insan-insan yang bergelar ibu, anak lelaki bila da kerja susah nak kasi duit kat ibunya (tidak semua, kebanyakkan) tetapi anak perempuan bila dia dah kerja, ada yang akan menghulurkan duit kepada ibunya walaupun sedikit. (ni pun tidak semua) Mungkin sebab perempuan ada sifat penyayang semulajadinya yang sentiasa mengingati pengorbanan ibunya.


Jika aku seorang lelaki,
Aku akan menghormati insan yang bernama perempuan. Lelaki yang menggunakan kekerasan kepada perempuan adalah lelaki yang dayus. Pernah x korang sebagai lelaki mengeluarkan kata2 kesat kepada perempuan? Mungkin kamu hanya cakap "BODOH!" kepada seseorang perempuan itu. Padahal kesalahan yang dilakukan perempuan itu tidak mnggambarkan perempuan itu bodoh pun. Mana nak tau dengan kata2 yang sedikit 2 boleh menyebabkan hati perempuan itu terguris. Nama lagi perempuan sudah pasti berhati lembut kan? Yang pasti jika aku lelaki dan aku telah menyakiti hati seseorang perempuan, aku pasti tidak akan terlepas dari balasan atas perbuatan tersebut. Kehidupan ibarat seperti roda, berputar dan sentiasa berputar. Hari ini aku menyakiti seorang perempuan, esok lusa kalo bukan aku,mungkin emak aku, adik perempuan aku atau saudara-mara perempuan aku akan merasa sakit seperti mana aku menyakiti perempuan itu. Mungkin lebih dasyat lagi daripada itu. Siapa tahu?


Jika aku seorang lelaki
Aku akan menjadi seorang suami dan ayah yang baik. Mendidik dan mengajar anak-anak aku menjadi orang yang tahu tentang agama. Lelaki adalah pemimpin. Seberapa ramai lelaki yang tidak mampu menjadi pemimpin. Bagaimana kamu ingin memimpin sebuah organisasi yang besar sedangkan organisasi kekeluargaan pun kamu tidak mampu memimpin dengan baik? Sebaik-baik ibu bapa adalah yang memberi didikan agama dan kasih sayang, bukan menabur harta melimpah ruah di mata anak. Perkara yang simple kita lihat pada zaman ini, nak suruh anak dan isteri menutup aurat pun susah. Oh. Lelaki itu telah gagal menjadi pemimpin yang baik. Didikan adalan dari masa anak itu kecil lagi. Contoh Di waktu anak-anak masih kecil, kita sudah biasakan anak kita memakai skirt, atau pun kita sebagai ibu bapa sendiri memakai pakaian yang tidak elok dipandang dan dipertontonkan kepada anak-anak. Dari situ anak sudah boleh belajar. Apa yang dilihatnya akan diikutinya. Jadi, tunjuk dan ajar la perkara yang baik. Sebagaimana hebatnya seorang pemimpin, begitulah baiknya orang yang dipimpin.


Itu semua adalah jika aku seorang lelaki, yang pastinya aku seorang perempuan yang memerlukan tunjuk ajar dan sentiasa belajar sesuatu untuk mencapai sesuatu yang lebih baik. Lelaki mahupun perempuan tiada yang sempurna. Semua orang melakukan kesilapan. Dimana ada kesilapan di situ ada pembetolan. Aku memohon maaf sekiranya ada yang terguris.:)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...