Azana:ya, tanya la..insyaallah saya jawab..
PS: Adakah saudari mencintai Rasulullah s.a.w?
Azana: cinta.. (confident je..)
PS:Siapakah nama Rasulullah s.a.w?
Azana: Muhammad b. Abdullah. (naseb bek aku tahu-lam ati)-2 pn berpikir sejenak.
Boleh x saudari bagi nama penuh Baginda?
Azana:Errrr... (geleng2 kepala sambil tersenyum)
Jawapan: Muhammad b Abullah b. Abdul Mutallib b. Hashim.
PS:Bilakah Hari kelahiran Baginda?
Azana:12 Rabiulawal tahun gajah
PS: Tahun ke berapa?
Azana: x ingat
Jawapan: Subuh isnin, 12 rabiulawal/ 20 April 571 M pada Tahun Gajah
Tempat lahir di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah
PS: Siapakah ayah dan ibu Baginda?
Azana: Ayah, Abdullah... Ibu, Aminah
(Amboi.. cam 2 ja.. ingat ni kawan2 ang ka?)
Jawapan:
Nama ayah: 'Abdullah bin 'Abdul Muttalib bin Hashim
Nama ibu:Aminah binti Wahab bin 'Abdul Manaf
PS: Ape nama datuk Baginda:
Azana: (mengecilkan mata konon2 cuba mengingat)
Jawapan: Syaibah bin Hasyim dikenal dengan nama 'Abdul Muttalib
SP: Siapakah ibu susuan nabi Muhammad S.A.W?
Azana:..............
Jawapan:
Ibu susuan Pertama: Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab)
Ibu susuan Kedua: Halimah binti Abu As-Sa'diah (lebih dikenali Halimah As-Sa'diah. Suaminya bernama Abu Kabsyah)
SP: Berapa orang isteri Rasulullah S.A.W?
Azana:........ (seingat aku ramai... berbelas2 ke beratus2 ek? lupa lak..-cakap lam ati lagi)
SP: Sebutkan nama mereka?
Azana: Pertama siti khadijah (laju je jawab), kedua x tahu, ketiga x ingat, keempat Siti Aisyah kot.... (Bleh plak men kot2)
lepas 2 si azana senyap.... (x tahu la 2..main hentam je kau ni..keh..keh)
Jawapan:
1. Khadijah bt. Khuwailid al-Asadiyah r.a
2. Saudah bt. Zam’ah al-Amiriyah al Quraisiyah r.a
3. Aisyah bt Abi Bakr r.a (anak Saidina Abu Bakar)
4. Hafsah bt. Umar bin al-Khattab r.a (anak Saidina ‘Umar bin Al-Khattab
5. Ummu Salamah Hindun bt. Abi Umaiyah r.a (digelar Ummi Salamah)
6. Ummu Habibah Ramlah bt. Abi sufian r.a
7. Juwairiyah ( Barrah ) bt. Harith
8. Safiyah bt. Huyay
9. Zainab bt. Jansyin
10. Asma’ bt. al-Nu’man al-Kindiyah
11. Umrah bt. Yazid al-Kilabiyah
12. Zainab bin Khuzaimah (digelar ‘Ummu Al-Masakin’; Ibu Orang Miskin)
Siapakah nama anak-anak Rasulullah S.A.W?
Azana: Fatimah (glupp...satu je tau)
Jawapan:
1. Qasim
2. Abdullah
3. Ibrahim
4. Zainab
5. Ruqaiyah
6. Ummi Kalthum
7. Fatimah Al-Zahra’
8. Halah bin Hind bin Habbasy bin Zurarah al-Tamimi - anak tiri Rasulullah S.A.W (anak kepada Saidatina Khadijah bersama Hind bin Habbasy. Ketika berkahwin dengan Rasulullah S.A.W, Khadijah adalah seorang janda).
SP: Apakah gelaran bagi Baginda?
Azana: al-amin
SP: Apakah maksudnya?
Azana:.........................
Jawapan: Gelaran Al-Amin: Baginda merupakan seorang yang jujur, amanah dan budi pekerti. Perkataan dan perbuatan baginda sentiasa dipercayai sehingga baginda diberi gelaran al-Amin oleh masyarakat Arab Quraisy.
SP: Apakah sifat2 terpuji rasulullah S.A.W
Azana:...........(duk pikir lama...mata terkebil-kebil)
jujur, amanah, tabliq, fatonah
Jawapan:
Sifat-sifat terpuji Rasulullah:
- Berkata benar (siddiq)
- Boleh dipercayai (amanah)
- Penyampai ajaran Islam (tabliq)
- Bijaksana (fatanah)
SP: Siapakah insan/Tokoh-tokoh awal memeluk islam?
Azana: Saidina Ali, abu bakar....(........)
Jawapan:
1.Zaid bin Harithah (anak angkat nabi)
2.Ali bin Abu Talib (sepupu nabi berusia 10 tahun)
3.Khadijah binti Khuwailid (isteri nabi dan orang pertama memeluk Islam)
4.Abu Bakar al-Siddiq (sahabat karib)
SP: Apakah wahyu pertama yang diterima oleh Rasulullah S.A.W?
Azana: (menggaru-garu kepala yang sedia ada kutu)
Jawapan: Wahyu pertama iaitu dari surah al-Alaq yang berbunyi “Bacalah dengan menyebut nama Tuhanmu yang menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah, dengan nama Tuhanmu yang Amat Pemurah, yang mengajar manusia dengan perantaraan (menulis, membaca). Dia mengajarkan kepada manusia apa yang tidak diketahuinya.”
- pada hari isnin, 17 ramadan (6 ogos 610 M)
- Berusia 40 tahun.
SP: Bilakah kewafatan nabi Muhammad?
Azana: (sengeh sambil menampakkan barisan gigi kuning)
Jawapan: hari isnin, 12 Rabiuawal tahun 11H/ 8 Jun 632M di Madinah Al-Munawwarah.
wahh... terasa malu dan hinanya diri ini... dalam berbanyak-banyak soalan yang di tanya tentang Rasulullah, 10 peratus pn x cukup nak kasi markah untuk jawapan yang diberi..
Inikah yang dinamakan cintakan kekasih Allah S.W.T?
Sila merasa malu dengan diri sendiri seandainya soalan seperti berikut ditanye kepada kalian dan kalian tidak dapat menjawab dengan baik sekali. Pernahkah kita terfikir untuk mengkaji dan mendalami siapakah Rasululullah S.A.W? Pernahkah kita mengikuti sunnah-sunnah Rasulullah S.A.W?
Jangan Kata Tidak... kerana ia suatu yang merugikan kelak.
Sabda Rasulullah SAW:
“Sesiapa yang menghidupkan sunnahku, maka sesungguhnya dia telah mencintai aku. Dan sesiapa yang mencintai aku nescaya dia bersama-samaku di dalam syurga.” (Riwayat Al-Sajary daripada Anas)
Kalian jangan pula merasa sedih bila di akhirat nanti orang yang berada disebelah kamu dipilih dan dibawa pergi mengikut Rasulullah. Sedangkan kamu terkapai di sana tiada siapa yang menolongmu...
12 comments:
Nak tahu lebih terperinci dan terasa meremang bulu roma mengetahui kisah perjuangan Nabi SAW??
Bacalah Bibliografi Muhammad bin Abdullah. Dapatkan di kedai yang berhampiran dengan anda sekarang. Hehe
Ops! Terpromote jap. :)
TERASA DIRI INI BEGITU HINA..
oh..aku juga tak dapat memberikan jawapan seperti yang dikehendaki.... :( thanx zana. nanti aku akan cuba ingat semua tu.
huhuhuhu....kerdilnye terasa diri ini,soalan mcm tu...rasa diri sndiri x bole jawab..
wuuu.. anat pun rasa rendah diri tau.. sbb anat pun mcm kamu.. :( hehehe
Semoga kita dapat mencontohi sifat-sifat baginda.Insyaallah.....
nak kata x cinta rasulullah xblh sbb kita sbg umat Islam wajib menyintai baginda, nak kata cinta serba slh sbb byk yg kita xtahu tentang baginda, tue xmasuk lg bab sunnah2 nabi muhammad s.a.w.
assalamualaikum
shalawat atas Nabi Muhammad SAW
terima kasih atas info ini.
belajar waktu sekolah agama masa kecik2 dulu. nak kena ulangkaji neh. jawapan banyak yg lengkap.
adohhhh...sedey2
kita slalu alpa dgn duniawi ini..
oppss...insaf~~..haah kn..bru sdar..mlut ckap cinta..tp sbnarnye..sume x tau..gud entry la zana..=)
adoi....malu gila.... :(
sapa yg duk tanya ko soklan ni zana?insaf2
hahhhahaa.........i like solan last sekali..u shud remember dats place
Post a Comment